[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Pliskova kalahkan Osaka, menjuarai Terbuka Pan Pacific

Reuters 23/09/2018 | 04:38 MYT
Pemain Republik Czech itu hanya perlukan masa sejam untuk menumpaskan Osaka 6-4, 6-4. - Foto Reuters//Toru Hanai
Karolina Pliskova menunjukkan aksi cemerlang apabila menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat, Naomi Osaka dalam perlawanan akhir tenis Terbuka Pan Pacific di Tokyo pada Ahad.
Pemain Republik Czech itu hanya perlukan masa sejam untuk menumpaskan Osaka 6-4, 6-4.
Pemain Jepun itu bagaimanapun kelihatan letih sepanjang perlawanan tersebut dan lakukan beberapa kesilapan.
Keadaan ini memberi peluang kepada Pliskova yang memenangi 11 mata terakhir untuk memenangi kejuaraan WTA kedua sepanjang kariernya.
#Jepun #Karolina Pliskova #naomi osaka #tenis #Terbuka Amerika Syarikat #Terbuka Pan Pacific