PM Najib: Tahniah Siti Noor Radiah!

Bernama
September 16, 2016 03:39 MYT
Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter dalam percubaan ketiga pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro. - fotoBERNAMA / Fail
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan ucapan tahniah kepada atlet paralimpik Siti Noor Radiah Ismail atas kejayaan memenangi pingat gangsa pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Siti Noor Radiah atas kejayaan memecahkan rekod Sukan Para Asia bagi acara lompat jauh wanita T20 pada temasya itu.
"Satu lagi pingat untuk Malaysia, satu lagi rekod Asia dicipta! Tahniah Siti Noor Radiah raih gangsa acara lompat jauh! #Rio2016 #KamiLuarBiasa," tulis Najib menerusi catatan di laman Twitter @NajibRazak hari ini.

Satu lagi pingat utk Malaysia, satu lagi rekod Asia dicipta! Tahniah Siti Noor Radiah raih gangsa acara lompat jauh! #Rio2016 #KamiLuarBiasa

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Siti Noor Radiah menghadiahkan gangsa buat negara menerusi lompatan sejauh 5.20 meter (m) dalam percubaan ketiga, sekaligus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menamatkan saingan di tempat keempat dengan lompatan sejauh 4.91m. -- BERNAMA
#atlet paralimpik #Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak #pingat gangsa #Siti Noor Radiah Ismail #Sukan Paralimpik Rio 2016