PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya

Astro Awani
Januari 15, 2024 15:49 MYT
Menerusi catatan di laman X, Anwar berkata seluruh rakyat Malaysia mendoakan skuad bimbingan Kim Pan Gon bermain dengan penuh semangat. - X @anwaribrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya yang akan memulakan misi dalam perlawanan pertama Piala Asia 2023 menentang Jordan awal pagi Selasa.
Menerusi catatan di laman X, Anwar berkata seluruh rakyat Malaysia mendoakan skuad bimbingan Kim Pan Gon bermain dengan penuh semangat.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha.
Pertembungan dengan pasukan ranking ke-87 itu menjadi kebangaan rakyat Malaysia setelah pasukan negara berjaya menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri secara merit ke kejohanan kedua tertua benua di dunia itu.
Untuk rekod, Malaysia yang berada di rangking ke-130 tidak pernah menang ke atas Jordan dalam lima perlawanan terakhir iaitu tiga kalah dan dua seri, dengan pertembungan terakhir pada 2021 menyaksikan Jordan menang 4-0 dalam perlawanan persahabatan.

Selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya yang akan memulakan misi penting membawa nama negara dalam perlawanan pertama Piala Asia menentang Jordan awal pagi nanti. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kalian bertempur dengan penuh semangat. Selamat berjuang! pic.twitter.com/IHG0tLWXr5

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#harimau Malaya #Malaysia #Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #Piala Asia #Jordan #Doha #bola sepak #sukan