awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pochettino nafi berkecil hati terlepas jawatan di Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
23/04/2022
05:04 MYT
Pochettino nafi berkecil hati terlepas jawatan di Manchester United
Laporan akhbar Britain mendedahkan Pochettino (gambar) terkejut dengan keputusan United memandangkan dia dikatakan telah meneliti Manchester sebagai bandar untuk didiami. - Gambar fail
MAURICIO Pochettino menegaskan dia sentiasa komited sepenuhnya dengan misinya di setiap kelab yang pernah dikemudikannya di sebalik desas-desus bahawa dia kecewa terlepas jawatan di Manchester United.
Pengurus Paris Saint-Germain (PSG) itu telah lama dalam senarai pilihan untuk mengambil alih peranan daripada pengurus sementara, Ralf Rangnick, yang telah mengisi jawatan di Old Trafford berkenaan sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu.
Bagaimanapun, pengurus Ajax, Erik ten Hag, disahkan sebagai pemain terbaharu yang akan cuba memulihkan reputasi United dengan mengikat kontrak selama tiga tahun mulai musim depan.
Laporan akhbar di Britain mendedahkan Pochettino terkejut dengan keputusan United memandangkan pengurus berbangsa Argentina itu dikatakan telah meneliti Manchester sebagai bandar untuk didiami.
Bercakap sebelum pertembungan PSG dengan Lens awal pagi esok, perlawanan yang bakal menyaksikan mereka hanya memerlukan untuk mengesahkan gelaran Ligue 1, Pochettino menegaskan bahawa dia komited dengan peranannya di Parc des Princes ketika ini.
“Segala khabar angin yang timbul tahun ini dan sepanjang karier ini tidak pernah mengganggu saya,” katanya.
"Saya tidak pernah mengulas mengenainya. Saya pernah melatih Espanyol, Southampton, Tottenham, hari ini PSG dan saya sentiasa komited sepenuhnya dengan misi saya.
"Saya bekerja dengan cara yang sama dengan memberi tumpuan kepada objektif pasukan.
"Jika saya memberi perhatian kepada semua khabar angin, kehidupan ini pasti akan jadi berbeza."
Topic Berkaitan
#Mauricio Pochettino
#Erik ten Hag
#Manchester United
#pengurus Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan