awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia

Bernama
Bernama
06/03/2024
04:10 MYT
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Hannah Yeoh dan Mohd Azizulhasni bergambar kenangan berlatar belakang Velodrom Brunswick di Australia iaitu velodrom asas terbuka yang juga menjadi tempat latihan The Pocket Rocketman itu pada waktu tertentu. - Gambar X Azizulhasni Awang
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyatakan hasratnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya setiap negeri di Malaysia mempunyai velodrom asas seperti Velodrom Brunswick di Australia.
Mohd Azizulhasni yang diberi julukan "The Pocket Rocketman" itu berkata velodrom yang dibina pada tahun 1956 itu masih utuh sehingga hari ini dan menjadi fasiliti pelbagai guna yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
"... kami pergi melawat Brunswick Velodrome iaitu velodrom asas terbuka yang juga menjadi tempat latihan saya pada waktu tertentu.
"Saya sempat menyatakan impian saya kepada YB Hannah Yeoh @hannahyeoh untuk mempunyai velodrom asas seperti ini di setiap negeri di Malaysia suatu hari nanti," katanya menerusi laman X hari ini.
[4/5] Ia menjadi fasiliti pelbagai guna orang awam untuk komuniti setempat yang memberikan banyak manfaat. Saya sempat menyatakan impian saya kepada YB Hannah Yeoh @hannahyeoh untuk mempunyai basic velodrome seperti ini di setiap negeri di Malaysia suatu hari nanti. pic.twitter.com/2dvqU64B3B
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) March 6, 2024
Mohd Azizulhasni turut menghargai kesudian Hannah Yeoh melawat kemudahan latihannya iaitu Pusat Sukan Antarabangsa Darebin (DISC), Melbourne di Australia walaupun sibuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024.
Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan tanpa berbelah bahagi dalam persiapannya ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Kami mengambil peluang untuk berbincang tentang keadaan semasa dan juga persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#The Pocket Rocketman
#Hannah Yeoh
#velodrom asas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan