PAUL Pogba tidak berpuas hati dengan prestasi Manchester United sepanjang lima musim lalu sambil berasa seolah-olah dia tidak mempunyai peranan tetap di Old Trafford.
Pemain antarabangsa Perancis itu kembali ke United pada 2016 selepas empat kempen bersama Juventus yang sarat dengan trofi.
Pogba kurang menjulang trofi di United apabila hanya memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa -– kedua-duanya di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2016-17.
Kontrak pemain berusia 29 tahun itu akan tamat hujung kempen ini dan dia dijangka akan berhijrah secara percuma apabila Juve dan Barcelona antara kelab yang dilaporkan berminat.
Dengan United sudah pun tersingkir dalam setiap perebutan piala musim ini dan sedang bersaing sengit untuk meraih tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), Pogba menuju ke musim kelima tanpa sebarang trofi di peringkat kelab.
“Kami harus jujur, saya tidak berpuas hati sejak lima tahun lalu, tidak sama sekali,” katanya kepada La Figaro.
“Tahun ini sudah mati (berakhir), kami tidak akan menang sebarang piala lagi.
"Sama ada bersama Manchester atau kelab lain, saya mahu memenangi trofi."
Pogba telah memenangi Piala Dunia dan Liga Negara-Negara Eroppah bersama Les Blues yang bakal mengadakan perlawanan ujian dengan Ivory Coast dan Afrika Selatan.
Dan tidak seperti di peringkat kelab yang menyaksikan dia telah beraksi di bawah tiga pengurus, pemain tengah itu sebaliknya berasa jauh lebih selesa dengan Les Blues yang menggunakan kepakaran Didier Deschamps untuk tempoh yang panjang.
"Ia mudah. Dengan Perancis saya diturunkan, tambahan pula membabitkan posisi saya. Saya tahu peranan saya, saya berkeyakinan terhadap jurulatih dan rakan sepasukan," katanya.
“Adalah normal untuk berasakan perbezaan ini dengan Manchester kerana adalah sukar untuk mengekalkan prestasi apabila anda sering menukar posisi, sistem permainan atau gandingan.
"Di Manchester United, adakah saya benar-benar mempunyai peranan? Saya bertanya soalan ini dan saya tidak mempunyai jawapannya."
Astro Arena
Thu Mar 24 2022
Pogba mengawal bola ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di stadium Old Trafford, Manchester, England, 12 Mac 2022. (Foto AP)
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Bekas pemain sayap Manchester United Nani umum persaraan
Nani menyertai United pada 2007 dan membuat 230 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan 41 gol.
WSL: Manchester United belasah Liverpool 4-0
Pasukan tuan rumah mempamerkan permulaan cemerlang dalam tempoh 30 minit pertama apabila berjaya mendahului menerusi gol Elisabeth Terland.
Manchester United diaibkan Nottingham Forest di Old Trafford
The Red Devils tunduk mengalah buat kali pertama di laman sendiri di bawah bimbingan Amorim selepas mengharungi lima perlawanan.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
UEL: Dua gol Hojlund pastikan Manchester United berpesta sambut ketibaan Amorim
Rasmus Hojlund jaringkan dua gol untuk menyelamatkan pesta sambutan Ruben Amorim di Old Trafford ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bodo/Glimt.
EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man Utd kerap fikir panjang
Bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
McTominay tak pernah rasa menyesal tinggalkan United
Dia menjaringkan tiga gol dalam 10 penampilan selain membantu Napoli menduduki tangga teratas liga Serie A selepas 12 perlawanan.
Ruben Amorim teruja mulakan tugas di Manchester United
Pengurus berusia 39 tahun itu menamatkan karier cemerlangnya bersama kelab Portugal itu dengan memenangi 164 daripada 231 perlawanan.