Pogba positif COVID-19, digugur daripada skuad Perancis

Astro Arena
Ogos 27, 2020 20:29 MYT
Paul Pogba. Gambar fail
PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba, telah diketepikan daripada skuad Perancis selepas disahkan positif coronavirus, perkara itu disahkan oleh Didier Deschamps.
Pemain berusia 27 tahun itu tersenarai dalam skuad Les Bleus untuk berdepan Sweden dan Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA bulan depan.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Deschamps, mendedahkan Pogba yang positif COVID-19 telah digantikan oleh pemain muda Rennes, Eduardo Camavinga.
"Kami terpaksa melakukan pertukaran selepas Paul Pogba yang positif COVID-19 dan tidak dapat bersama skuad Perancis," kata Deschamps.
"Jadi kami terpaksa menggantikannya dengan Eduardo Camavinga."
BACA: Pogba kembali sertai latihan bersama United
Pemain tengah Tottenham, Tanguy Ndombele, turut diketepikan daripada skuad Perancis selepas turut dilaporkan positif virus tersebut.
Perancis berdepan Sweden 5 September di Solna sebelum menerima kunjungan Croatia tiga hari kemudian.
#COVID-19 #Didier Deschamps #digugurkan #Eduardo Camavinga #jangkitan #kes positif #Liga Negara-Negara UEFA #Manchester United #Paul Pogba #Perancis #pertukaran pemain #Tanguy Ndombele #Tottenham Hotspur FC