awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok

Bernama
Bernama
14/10/2022
12:46 MYT
Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok
Kamarul Zaman mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan oleh polis dan petugas di dalam kawasan stadium (Marshall) dari semasa ke semasa agar kemanan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis akan menambah kekuatan pegawai dan anggotanya pada perlawanan bola sepak piala Liga Super Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata penambahan anggota itu bagi memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam terkawal.
"Pihak polis memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) terhadap kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
"Selain itu, polis trafik juga ditempatkan untuk mengawal aliran trafik di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Penonton yang berkunjung ke stadium dingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang jalan atau laluan kenderaan khususnya apabila berlaku kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman juga mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan oleh polis dan petugas di dalam kawasan stadium (Marshall) dari semasa ke semasa agar kemanan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
"Pihak polis tidak akan berkompromi, bertolak ansur atau teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang negara," katanya.
Esok, pasukan JDT akan meraikan kejayaan merangkul juara Liga Super Malaysia bagi kali kesembilan berturut-turut.
Sambutan itu akan turut menampilkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (bola jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor Darul Ta'zim
#Sabah FC
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan