Politiking dalaman persatuan sukan menyebabkan Sarawak gagal menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang dianjurkan negeri itu dari 20 hingga 30 Julai lepas.
Sehubungan itu, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata proses 'pembersihan' perlu dilakukan untuk membolehkan Sarawak menjadi kuasa sukan di negara ini pada masa hadapan.
"Kita harus melakukan 'pembersihan' ini untuk memastikan persatuan sukan keadaan baik, menentukan pusat kecemerlangan berada di tempat yang betul dan atlet yang benar-benar layak mewakili negeri," katanya.
Abdul Karim berkata demikian ketika menutup Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Sibu yang dianjurkan Persatuan Olahraga Bahagian Sibu di Stadium Tun Zaidi di sini pada Ahad.
Beliau membayangkan proses 'pembersihan' itu dilakukan secepat mungkin kerana Sarawak menyasarkan menjadi juara keseluruhan pada Sukma ke-19 di Perak pada 2018.
Katanya kementerian itu akan memfokuskan semula di mana mereka mahu mewujudkan pusat kecemerlangan bagi sukan tertentu.
Mengambil Sibu sebagai contoh, katanya ia cemerlang dalam sukan renang, ragbi dan bola tampar sejak sekian lama berikutan pendekatan khas untuk sukan berkenaan oleh penduduk daerah itu.
Katanya peluang juga harus diberikan kepada atlet untuk mengambil bahagian di pertandingan tahap tinggi mengikut kemampuan mereka.
Menurutnya Sarawak cemerlang di peringkat saingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) untuk tempoh yang lama tetapi gagal menyerlah di peringkat lain.
"Di mana silapnya. Adakah atlet ini berhenti sebaik menamatkan persekolahan menengah atau mereka tidak dipedulikan persatuan sukan yang sepatutnya menjaga mereka?" tanya Abdul Karim.
Menurutnya kementerian itu akan meneliti perkara tersebut supaya atlet terbabit akan terus terlibat dengan sukan yang diminati mereka, mencipta nama untuk diri sendiri, negeri dan negara.
Mengambil contoh kejayaan Olimpian Sarawak, Pandelela Rinong, Abdul Karim tanggapan sukan tidak akan membawa apa-apa kepada seseorang itu adalah tidak betul.
Berikutan itu, beliau menyeru atlet muda Sarawak untuk terus gigih berlatih dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat masa depan yang cerah seperti Pandelela.
Bernama
Mon Sep 05 2016

ABDUL KARIM: Kita harus melakukan 'pembersihan' ini untuk memastikan persatuan sukan keadaan baik.

Rusia anggap rundingan dengan Malaysia penting, Kremlin sahkan persiapan sedang berjalan
Lawatan Perdana Menteri Anwar mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia.

Korea Selatan, Malaysia adakan pusingan ke-9 rundingan FTA di Kuala Lumpur
Pusingan terbaharu itu berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur dan melibatkan kira-kira 70 pegawai perdagangan kedua-dua negara.

Turkiye terajui diplomasi keamanan global - Erdogan
"Kami sokong komitmen Trump untuk menyelesaikan konflik melalui dialog dan diplomasi," kata Erdogan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Gajah mati: RimbaWatch gesa henti projek jalan jejas habitat hidupan liar
RimbaWatch desak kerajaan hentikan projek jalan raya di kawasan hutan sensitif selepas kematian anak gajah, demi lindungi habitat spesies terancam dan cegah konflik liar-manusia.

Tiga pelajar cedera kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
![[TERKINI] 8 anggota FRU maut kemalangan [TERKINI] 8 anggota FRU maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/61747103202_kemalangan.jpg)
[TERKINI] 8 anggota FRU maut kemalangan
Ketika ini bilangan yang disahkan meninggal dunia seramai lapan orang dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan di lokasi.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS disokong oleh sentimen pasaran lebih baik
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2950/3170 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3005 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Prestasi S&P 500: Setakat 13 Mei 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Laungan berunsur xenophobia punca Indonesia didenda FIFA
Hukuman itu adalah untuk PSSI memberikan kesedaran kepada penyokong skuad Garuda bagi mengelak kejadian serupa berulang.
KDNK ST1 2025: Mampukah kemajuan ekonomi tingkatkan kualiti kerja?
Bersama Provost di Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai mengulas prestasi pasaran buruh Malaysia bagi suku pertama 2025 menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Jumaat.

Astro, TVS rai budaya tempatan melalui dua konsert mega di Miri
Kolaborasi bersama TVS dalam penganjuran konsert tersebut membuktikan kesungguhan Astro dalam mengetengahkan kandungan beridentiti Malaysia, khususnya budaya dari Malaysia Timur.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

Sukan SEA 2027: Sarawak sedia anjur acara sukan tinju - Abdul Karim
Stadium Perpaduan Sri Aman antara venue utama dicadangkan bagi acara tinju, kerana sokongan padu penonton di situ sangat luar biasa.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 diadakan di bandar raya Kuching selaku penganjur bersama temasya sukan itu.

Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.

Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim
Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO , bakal diketahui hujung bulan ini.

MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).