DUA gol klinikal pemain Portugal, Bruno Fernandes sudah cukup membolehkan A Seleção mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menjinakkan Macedonia Utara 2-0.
Digemuruh 50,000 para penyokong di Estádio do Dragão, Porto, A Seleção mendominasi permainan dari awal, namun bergelut untuk memecah benteng Lynxes pimpinan Blagoja Milevski.
Lebih malang tuan rumah kendalian Fernando Santos yang menguasai 70 peratus hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat ke arah gawang pasukan pelawat.
Biarpun begitu Fernandes terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-32 minit separuh masa pertama selepas memintas hantaran, kapten Macedonia Utara, Stefan Ristovski, untuk melakukan gerakan satu-dua dengan Cristiano Ronaldo sebelum merembat melepasi menewaskan penjaga gol, Stole Dimitrievski.
Bintang tengah Manchester United berusia 27 tahun itu kemudiannya mengesahkan kemenangan Portugal pada minit ke-65, dengan voli selepas menerima hantaran lintang Diogo Jota.
Sementara itu, Fernandes berkata, "Saya tidak kisah tentang pencapaian individu, namun yang paling penting perlawanan ini akan diingati kerana ia membantu negara saya ke Piala Dunia."
Portugal, yang memenangi Kejuaraan Euro 2016 di Perancis dan Liga Negara-Negara UEFA 2019 di laman sendiri, layak ke pusingan akhir Piala Dunia keenam berturut-turut dan tidak terlepas temasya bola sepak terbesar dunia itu dalam tempoh 20 tahun lalu.
A Seleção terpaksa melalui aksi playoff selepas menduduki tempat kedua Kumpulan A, setelah tewas 1-2 perlawanan terakhir di tempat sendiri kepada Serbia pada November lalu.
Dalam pada itu, Santos berkata, "Saya sudah memenangi dua pertandingan dan berharap boleh memenangi pertandingan ketiga di Qatar 2022.
"Pada perlawanan ini terdapat semangat saling membantu dan sokongan hebat orang ramai. Ia adalah kemenangan dan kelayakan yang wajar dan adil."
Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022
Zon Eropah
Poland 2-0 Sweden
Lewandowski 49'
ZieliĆski 72'
Portugal 2-0 Macedonia Utara
Bruno Fernandes 32', 65'
Poland & Portugal layak ke Qatar 2022
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 30 2022

Pemain Portugal meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Macedonia Utara di Estadio do Dragao, Porto, Portugal, 29 Mac 2022. REUTERS

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Penampilan pertama Ronaldo bersama Al Nassr
Bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu sebelum ini diikat gergasi Arab Saudi dengan kontrak sehingga 2025.

Portugal diktiraf negara terbaik untuk didiami pada 2023
Kos sara hidup yang murah, pemandangan yang indah dan pilihan visa mesra pengembara menjadikan Portugal negara terbaik untuk didiami pada 2023.

Piala Dunia Qatar: Pepe kenang sumbangan Cristiano Ronaldo
Pepe berkata Cristiano Ronaldo dalam keadaan "baik" selepas reaksi emosinya terhadap kekalahan mengejut Portugal kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar.

Piala Dunia Qatar: Fernandes, Pepe hairan tindakan lantik pengadil Argentina
Lebih-lebih lagi apabila Fernandes dinafikan sepakan penalti selepas diterjah Achraf Hakimi.

Piala Dunia Qatar: Air mata Ronaldo iringi penyingkiran Portugal
Pemain berusia 37 tahun itu segera ke bilik persalinan apabila wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan kejutan Atlas Lions ke atas Selecao dalam perlawanan suku akhir yang mendebarkan.

Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Portugal, cipta kejutan ke separuh akhir
Maghribi menjadi pasukan negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia Qatar susulan kejayaan mengatasi Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama.

Piala Dunia Qatar: Mesut Ozil sedih Cristiano Ronaldo kurang dihargai
Mesut Ozil sukar mempercayai bahawa bekas rakan sepasukannya di Real Madrid Cristiano Ronaldo kurang dihormati di penghujung kerjayanya.

Piala Dunia Qatar: Hatrik Ramos bawa Portugal ke suku akhir
Fernando Santos berang dengan sikap Ronaldo dan mengambil kesempatan meletakkan pemain itu di bangku simpanan pada Selasa.

Piala Dunia Qatar: Cristiano Ronaldo tepis kontroversi berang dikeluarkan
Cristiano Ronaldo kelihatan tidak berpuas hati ketika digantikan dalam kekalahan Portugal kepada Korea Selatan

Piala Dunia Qatar: Portugal atasi ujian mendebarkan Ghana
Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk merobek gawang kental Ghana dalam aksi pembukaan Kumpulan H mereka.