SUKAN
Prem Kumar tekad pertahan emas Sukan SEA
Prem Kumar bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan Nazmizan yang melawat pusat latihan atlet karate Temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur, 14 Nov 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet karate negara S. Prem Kumar bertekad mempertahankan pingat emas acara bawah 55 kilogram (kg) kumite lelaki pada Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan.
Ringkasan AI
Prem Kumar berkata beliau juga berharap dapat membantu Malaysia merampas emas kumite berpasukan lelaki selepas tumpas tipis 2-3 kepada Vietnam pada edisi lepas di Phnom Penh, Kemboja.
"Setelah melakukan persiapan rapi dalam tempoh 12 bulan ini, sudah tentu tekad saya hanya untuk menang.
"Jika boleh, saya juga mahu meraih emas dalam acara berpasukan," katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nazmizan Muhammad di sini semalam.
Atlet berusia 31 tahun itu juga enggan memikirkan soal pencabar, sebaliknya mahu kekal fokus terhadap persiapan sendiri untuk bertarung pada Sukan SEA 2025.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad karate negara R. Sharmendran berkata anak buahnya sudah bersiap sedia untuk merealisasikan misi membawa pulang tiga emas seperti ditetapkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) pada temasya sukan dwitahunan itu kali ini.
Sharmendran yang pernah memenangi emas bawah 75 kg lelaki pada empat edisi Sukan SEA berturut-turut dari 2017 hingga 2023 berkata tidak banyak perbezaan ketika bergelar atlet dan juga jurulatih.
Beliau berkata misinya tetap sama, iaitu membantu Malaysia mencapai kejayaan tanpa mengambil kira peranan dipegangnya.
"Pada akhirnya, ini tentang negara, bukan kepentingan peribadi. Siapa pun yang menang, ia untuk Malaysia," katanya.
Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini, melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- S. Prem Kumar bertekad mempertahankan pingat emas kumite bawah 55 kg lelaki pada Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.
- Beliau juga berharap membantu Malaysia meraih emas kumite berpasukan lelaki selepas tumpas tipis kepada Vietnam pada edisi sebelumnya.
- Ketua jurulatih karate Malaysia, R. Sharmendran, menyatakan skuad sudah bersedia untuk bawa pulang tiga emas pada Sukan SEA 2025 tanpa mengambil kira peranan individu.