SUKAN
Presiden Kenya janji bonus juara US$4.6 juta kepada pasukan bola sepak negara
Presiden William Ruto pada Sabtu berjanji akan memberikan pasukan bola sepak negara, Harambee Stars, lebih 600 juta syiling Kenya (US$4.6 juta) sekiranya mereka menjuarai Kejohanan Negara-Negara Afrika (CHAN). - Gambar Reuters
NAIROBI: Presiden Kenya, William Ruto pada Sabtu berjanji akan memberikan pasukan bola sepak negara, Harambee Stars, lebih 600 juta syiling Kenya (US$4.6 juta) sekiranya mereka menjuarai Kejohanan Negara-Negara Afrika (CHAN), lapor Xinhua.
"Saudara-saudara, tiada yang lebih baik daripada ini.
"Kami melipatgandakan ganjaran agar semua orang memberikan yang terbaik.
"Ini adalah detik yang sangat bersejarah buat Kenya. Buat pertama kali dalam sejarah bola sepak, Kenya menjadi tuan rumah CHAN," kata Ruto kepada para pemain semasa pertemuan di Nairobi.
Ruto turut menjanjikan US$464,500 kepada pasukan itu sekiranya mara ke suku akhir, lebih US$542,000 untuk layak ke separuh akhir dan lebih US$697,000 jika berjaya ke peringkat akhir pada 30 Ogos di Nairobi.
Beliau berkata, setiap pemain juga akan menerima lebih US$7,741 bagi setiap kemenangan perlawanan dan separuh daripada jumlah itu bagi keputusan seri.
Kejohanan selama sebulan itu turut dianjurkan bersama Kenya, Uganda dan Tanzania, serta akan bermula pada Sabtu di Dar es Salaam, Tanzania.
-- BERNAMA