SUKAN
Presiden letak jawatan, Kelantan Red Warrior kini milik syarikat kedai kopi tempatan

Wan Mohd Fajarulekram (tengah) dinamakan sebagai CEO KRW apabila Nasken Coffee mengambil alih kelab bola sepak itu selepas Nik Hafiz Naim melepaskan jawatan presiden kelab itu berkuat kuasa serta-merta semalam. - Foto Astro ARENA
PRESDEN Kelantan Red Warrior (KRW), Nik Hafiz Naim Nik Hassan, mengumumkan pengunduran dari jawatan berkenaan semalam.
Dengan itu, jenama popular tempatan, Nasken Coffee, kini mengambil alih kelab bola sepak itu, sekali gus menyelamatkan KRW daripada terkubur selepas bergelut dengan sekatan daripada Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Nasken Coffee turut menamakan Wan Mohd Fajarulekram Wan Mokhtar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRW.
Nik Hafiz Naim melepaskan jawatan presiden kelab itu berkuat kuasa serta-merta, selain turut melepaskan keseluruhan pegangan sahamnya dalam pasukan itu.Terdahulu, FIFA diberitakan melarang KRW daripada menandatangani sebarang pemain sehingga 14 Ogos depan, difahamkan kerana memiliki identiti yang sama dengan Kelantan FC.
Sebagai rekod, Kelantan FC digantung pendaftaran oleh FIFA sejak 2023 berikutan masalah pembayaran gaji pemain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami