KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Esports Malaysia (MESF) Datuk Ananth S. Nathan membuat pelaburan besar dalam kelab bola sepak Inggeris, AFC Wimbledon.
Pelaburan yang dibuat Ananth dalam AFC Wimbledon bukan sahaja menyaksikan beliau adalah pemegang saham individu kedua terbesar dalam Liga Kedua Kelab Bola Sepak Inggeris, malah telah menjadikannya sebagai seorang daripada beberapa pemilik Asia bagi pasukan bola sepak Eropah.
Dalam kenyataan semalam, Ananth berkongsi bahawa perjalanannya sendiri seiring dengan kisah perjuangan dan kejayaan AFC Wimbledon, membentuk ikatan segera dengan semangat dan ketabahan kelab bola sepak itu.
Beliau juga percaya kisah AFC Wimbledon akan bergema di Malaysia dan seluruh Asia.
"Semangat komuniti yang kuat dalam kebangkitan semula kelab merupakan pemangkin penting dalam pelaburan ini. Ia tidak pernah terlintas di fikiran saya sebagai pelaburan, saya melakukannya kerana saya suka bola sepak dan sejarah romantis kelab.
"Apabila saya mengetahui mengenai kelab ini di muzium di Plough Lane (di Wimbledon), saya teruja. Itulah kesan yang ingin saya wujudkan di Malaysia. Jadi apabila peluang ini tiba, saya perlu meletakkan nama saya," katanya.
Pada 2002, Wimbledon FC ketika itu yang dikenali sebagai Dons, telah dipisahkan secara kontroversi daripada masyarakat tempatan dengan keputusan suruhanjaya Persatuan Bola Sepak.
Kelab itu telah dipindahkan 112.654km dari tapak asal kelab dan diwujudkan semula di bawah nama dan pemilikan baharu.
Detik yang menyukarkan bagi peminat, ini mendorong mereka mewujudkan kempen untuk melancarkan semula kelab itu sebagai AFC Wimbledon pada tahun yang sama, mengekalkan legasi cemerlang pasukan itu.
Di sebalik sejarah sukar mereka, AFC Wimbledon tidak asing dengan kejayaan kerana kelab itu kini memegang rekod tanpa kalah paling lama dalam perlawanan bola sepak senior Inggeris, dengan 78 perlawanan liga tanpa kalah berturut-turut, selain menjadi juara Piala FA 1988 selepas mengalahkan Liverpool 1-0.
Melalui pelaburan itu, Ananth juga memegang jawatan baharu sebagai Presiden Antarabangsa AFC Wimbledon dan berharap dapat menggabungkan perspektif dan hubungannya yang unik di Asia serta pengalaman E-sukannya yang luas untuk membina legasi Dons yang luar biasa dan peminat yang bersemangat.
Dalam jangka masa panjang, Ananth merancang untuk mengatur perlawanan Dons menentang Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan negara lain di rantau ini serta membangunkan Akademi Wimbledon di Asia untuk membantu menambah pengalaman pemain di seluruh kelab dan pasukan kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Menurut Ananth, perjalanannya sendiri seiring dengan kisah perjuangan dan kejayaan AFC Wimbledon, membentuk ikatan segera dengan semangat dan ketabahan kelab bola sepak itu. - Facebook Ananth S. Nathan
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Presiden MESF buat 'pelaburan berani' untuk kelab bola sepak Inggeris
Pelaburan Ananth dalam AFC Wimbledon menjadikannya seorang daripada beberapa pemilik Asia bagi pasukan bola sepak Eropah.