Anggota berpakaian tentera bukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang dikatakan berada dalam Stadium Sultan Muhammad ke-4 di Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu.
Menurut Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, anggota itu adalah grup Gerak Khas-21 komando dari Kem Gerak Khas Mersing, Johor.
Titah baginda, kemunculan Kor Gerak Khas di lokasi berkenaan adalah sebahagian daripada prosedur biasa PBNJ.
Ia bagi persediaan sekiranya Sultan Johor atau baginda sendiri selaku Tengku Mahkota Johor menyaksikan perlawanan tersebut.
Baginda berharap perkara ini tidak dijadikan isu.
Beberapa akhbar pada Khamis melaporkan perlawanan di Kota Bharu itu dihadiri beberapa anggota JMF lengkap bersenjata.
Kehadiran pasukan komando mengiringi Skuad Johor Darul Takzim mendapat reaksi kurang senang peminat bola sepak di Kelantan.
Peminat Kelantan mendakwa ia seolah-olah suasana di Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat buat pasukan pelawat.
Tunku Ismail ditemui di kediaman rasminya di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Astro Awani
Fri Jan 18 2013
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Sultan Ibrahim cadang kerajaan Johor hidupkan kembali JVF
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menghidupkan kembali pasukan sukarelawan Johor Volunteer Force (JVF).
Sultan Johor cadang skop tanggungjawab JMF diperluas
Tanggungjawab pasukan JMF itu boleh diperluas bukan sekadar menjaga kawasan Istana semata-mata tetapi juga boleh diberi tanggungjawab mengawal semua kawasan pentadbiran kerajaan negeri.
Presiden PBNJ : Bukan JMF
Anggota berpakaian tentera bukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang dikatakan berada dalam Stadium Sultan Muhammad ke-4 di Kota Bharu, Kelantan.