"Saya akan terus berusaha untuk meletakkan Pahang antara pasukan teratas dalam Liga Malaysia". Itu janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Beliau berkata prestasi hambar pasukan berkenaan sebelum ini, tidak sepatutnya berulang memandangkan PBNP telah menyediakan peruntukan agak tinggi untuk membentuk skuad Tok Gajah yang lebih mantap pada musim ini.
"Kita belanja besar untuk menjadi juara pada 2013, 2014 dan jika hendak berbelanja besar bagi tiga tahun berturut-turut mungkin menyebabkan kita terpaksa 'tutup kedai'.
"Tetapi kali ini, kita kembali semula dan InsyaAllah perkara yang lepas tidak akan berulang pada tahun ini," katanya yang enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan pasukan Pahang FA bagi musim 2017.
Tengku Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Jersi Baharu Pahang FA tajaan syarikat jenama sukan terkemuka dari Jerman, JAKO di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, yang juga Timbalan Presiden PBNP.
Tengku Abdul Rahman berkata pasukan itu juga menagih sentuhan magis jurulatih Dollah Salleh untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad Tok Gajah termasuk muncul juara Piala Malaysia musim 2013.
Katanya setakat ini, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan Pahang FA pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, termasuk ketika menentang kelab luar negara.
"Saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang dilihat menunjukkan peningkatan...tidak seperti yang dipamerkan pada bulan lalu ketika mereka dikumpulkan buat pertama kali.
"Ini kerana untuk menjadi sebuah pasukan yang mantap, ia memerlukan tempoh yang panjang dan saya mengharapkan musim ini Pahang kembali bangkit," katanya.
Pada musim lalu, skuad Tok Gajah sekadar menduduki tangga ke-sembilan daripada 12 pasukan dalam kempen Liga Super, berbanding kedudukan ketiga pada 2015 manakala bagi saingan Piala FA, Pahang gagal melayakkan diri ke suku akhir.
Bagi kempen Piala Malaysia 2016, Pahang hanya menduduki tempat ketiga dalam saingan Kumpulan B.
Tengku Abdul Rahman seterusnya berkata beliau difahamkan JAKO berminat untuk membawa pasukan Pahang FA mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan di seluruh Asia, yang turut mendapat tajaan daripada syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2017
"Saya akan terus berusaha untuk meletakkan Pahang antara pasukan teratas dalam Liga Malaysia, janji Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. - Gambar fail
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Nwakaeme pemain pertama Liga Malaysia 2019 terima surat tunjuk sebab
Nwakaeme yang mengkritik mutu pengadilan masih di takuk lama menganggap pengadil perlawanan tidak menjalankan tugas dengan sempurna.
Pahang FA optimis kembali digeruni dengan kehadiran 15 pemain baharu
Pasukan Pahang FA optimis untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni dengan kehadiran 15 pemain baharu termasuk empat pemain import pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017.