awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Toyota mengundur diri dari Jawatankuasa Olimpik Tokyo

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/12/2015
08:17 MYT
Presiden Toyota mengundur diri dari Jawatankuasa Olimpik Tokyo
Presiden Toyota, Akio Toyoda mengumumkan peletakan jawatan daripada Jawatankuasa Pengelola Olimpik Tokyo 2020 apabila kos penganjuran sukan berkenaan dilapor meningkat berbanding kos asal.
Presiden syarikat pengeluar automobil Toyota, Akio Toyoda mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jawatankuasa Pengelola Olimpik Tokyo 2020 susulan kos penganjuran sukan berkenaan dilapor melambung berbanding kos asal.
Memetik laporan NBC News, jawatankuasa itu berkata, Akio dijangka akan digantikan oleh Presiden Panasonic, Kazuhiro Tsuga.
Difahamkan, Akio juga merupakan anggota jawatankuasa Persekutuan Perniagaan Jepun untuk Sukan Olimpik Tokyo.
Penganjur berkata Toyoda mungkin bimbang sama ada dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dalam kedua-dua jawatankuasa tersebut, memandangkan organisasi Olimpik sedang memohon sokongan daripada komuniti perniagaan tersebut.
Syarikat Toyota Motor adalah penaja utama Sukan Olimpik 2020.
Toyoda berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau mengambil keputusan mengundur diri bagi menyusun semula peranan beliau dalam meningkatkan usaha menggalakkan sokongan perniagaan buat Sukan Olimpik 2020.
Topic Berkaitan
#Akio Toyoda
#Olimpik
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan