Program Podium untuk olahraga wajar diteruskan, diperhalusi - Manshahar

Astro Arena
Disember 14, 2021 21:45 MYT
Manshahar menekankan masih terdapat beberapa aspek yang harus diperbaiki. - Astro ARENA
KETUA jurulatih olahraga, Manshahar Abdul Jalil, berharap program Program Podium dapat diteruskan pada tahun depan.
Ia susulan timbul tanda tanya apa masa depan program elit itu selepas tiada dana khusus yang akan diperuntukkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dijangka akan buat keputusan selepas Mesyuarat Lembaga Pengurus, hari ini.
Bagaimanapun, Manshahar menekankan masih terdapat beberapa aspek yang harus diperbaiki serta atlet-atlet negara yang tersenarai harus memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Ia dapat membantu atlet mencapai tahap tertinggi dan atlet juga membalasnya semula dengan memenuhi kriteria tertentu bagi menentukan kejayaan sesebuah negara," katanya di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil.
#olahraga #program podium #Manshahar Abdul Jalil #MSN