[TERKINI] Lagi Kes Serangan Seksual di Sekolah: 4 Pelajar Ditahan di Baling – Klik untuk Laporan Penuh
SUKAN

PSG, Real Madrid dominasi pencalonan Golden Boy:

Astro Arena 16/10/2025 | 01:30 MYT
Tahun lalu menyaksikan Lamine Yamal (gambar) mencuri tumpuan bersama Barcelona. Berikutan ketiadaannya, tumpuan beralih kepada bintang baru yang makin meningkat musim ini. - Gambar fail/AP
REAL Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) mendominasi pencalonan akhir Anugerah Golden Boy -- yang dikhaskan untuk pemain berusia bawah 21 tahun -- dengan masing-masing menghantar tiga pemain, sementara Barcelona pula hanya diwakili Pau Cubarsi.

Ia cerita berbeza berbanding tahun lalu yang menyaksikan Lamine Yamal mencuri tumpuan bersama Barcelona.

Berikutan ketiadaannya, tumpuan beralih kepada bintang baru yang makin meningkat musim ini.

Menurut media Perancis, pemain tengah PSG, Desire Doue, dicanang sebagai calon utama selepas membantu kelab itu menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pada Jun lalu.

Rakan sepasukannya, Warren Zaïre-Emery dan Senny Mayulu, melengkapkan trio mengagumkan jaguh dari Perancis itu.

Tiga bakat yang sedang menonjol menjadi wakil Real Madrid iaitu Arda Guler -- yang kian menyinar bermain di bawah bimbingan Xabi Alonso -- bek tengah, Dean Huijsen dan pemain muda Argentina, Franco Mastantuono, yang baru berhijrah ke Eropah.

Liga Perdana Inggeris (EPL) mempunyai sembilan wakil dengan Arsenal dan Chelsea masing-masing mempunyai dua pemain muda yang mencuri tumpuan.

Senarai penuh 25 pemain:

Pau Cubarsi (Barcelona dan Sepanyol)
Desire Doue (PSG dan Perancis)
Dean Huijsen (Real Madrid dan Sepanyol)
Kenan Yildiz (Juventus dan Turkiye)
Myles Lewis-Skelly (Arsenal dan England)
Warren Zaire-Emery (PSG dan Perancis)
Arda Guler (Real Madrid dan Turkiye)
Franco Mastantuono (Real Madrid dan Argentina)
Ethan Nwaneri (Arsenal)
Jorrel Hato (Chelsea dan Belanda)
Geovany Quenda (Sporting CP)
Estevao (Chelsea dan Brazil)
Leny Yoro (Manchester United)
Senny Mayulu (PSG)
Jobe Bellingham (Borussia Dortmund)
Nico O’Reilly (Manchester City dan England)
Eliesse Ben Seghir (Bayer Leverkusen dan Maghribi)
Rodrigo Mora (Porto)
Giovanni Leoni (Liverpool)
Victor Froholdt (Porto dan Denmark)
Lucas Bergvall (Tottenham dan Sweden)
Francesco Pio Esposito (Inter dan Itali)
Archie Gray (Tottenham)
Mamadou Sarr (Chelsea dan Strasbourg)
Aleksandar Stankovic (Club Brugge dan Serbia)


#Golden Boy #PSG #Real Madrid #EPL