awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM cadang tukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia

Bernama
Bernama
20/12/2022
21:30 MYT
PSM cadang tukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia
Datuk Mohd Sumali Reduan bagaimanapun berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi badan induk itu, yang akan diadakan tidak lama lagi. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bercadang untuk menukar nama badan induk terbabit kepada Persekutuan Sepak Takraw, bagi memenuhi syarat untuk menganggotai semula Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan bagaimanapun berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi badan induk itu, yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Ia secara tidak langsung (bagi) memenuhi salah satu syarat menganggotai semula ASTAF, sebab ia pernah dibincangkan sebelum ini bersama Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader.
"Matlamat yang penting kita dapat menjenamakan semula PSM kepada persekutuan," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas PSM di sini pada Selasa.
PSM sebelum ini telah disingkirkan daripada ASTAF pada Mei 2021, susulan tindakan presidennya ketika itu Datuk Seri Ahmad Ismail, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, pada 24 Feb tahun lepas.
Dalam pada itu, Mohd Sumali turut memaklumkan Persatuan Sepaktakraw Perlis (PSTPs) PSM pada Isnin telah memohon untuk menyertai semula sebagai ahli gabungan badan induk itu dan permohonan itu disokong dan mendapat respon positif daripada majoriti ahli gabungan.
"Permohonan ini akan di sahkan dalam meeting jawatankuasa PSM tidak lama lagi. PSM sentiasa mengalu-alukan ahli Malaysia Sepaktakraw Federation (MASTAF), untuk bersama dengan kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSM
#Mohd Sumali Reduan
#Persekutuan Sepak Takraw
#Astaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan