PSM hantar surat tuduhan kepada Syahir, Zulkifli

Astro Arena
Ogos 27, 2019 20:38 MYT
Syahir dan Zulkifli mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawab kesemua pertuduhan itu dengan menghadap Jawatankuasa tatatertib PSM. - Astro ARENA
PENANTIAN dua bulan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berakhir selepas mengeluarkan surat pertuduhan terhadap dua bekas tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak, yang digugurkan Jun lalu.
Surat tersebut telahpun dihantar kepada Syahir dan Zulkifli pada Selasa dan difahamkan Syahir perlu membela diri dengan surat pertuduhan dikeluarkan sebanyak 48 muka surat, sementara Zulkifli pula setebal 37 muka surat, yang diperjelaskan kesalahan masing-masing ekoran digugurkan daripada kem kebangsaan.
Syahir dan Zulkifli kini mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawab kesemua pertuduhan itu dengan menghadap Jawatankuasa Tatatertib PSM.
Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, berkata: "Sebenarnya PSM telah mengeluarkan surat kepada Syahir dan Zulkifli hari ini (Selasa) dan dari tarikh 26 Ogos, mereka memiliki tempoh 14 hari untuk memberi surat jawapan kepada kami."
#Ahmad Ismail #bekas tekong #digugurkan #jawatankuasa tatatertib #kem kebangsaan #kesalahan #Mohd Syahir Rosdi #Persatuan Sepak Takraw Malaysia #PSM #sepak takraw #surat jawapan #surat pertuduhan #tekong utama negara #Zulkifli Abd Razak