awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia sasar 10,000 pengunjung di Festival Bangkok, tingkatkan kempen VM2026
MALAYSIA
Pengakap medium diplomasi serantau, latih pemimpin masa depan - Johari Abdul
MALAYSIA
Pantai Layang-Layangan bakal berwajah baharu, lonjak daya tarikan pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

PSM setuju tukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia

Bernama
Bernama
29/06/2025
15:15 MYT
Sponsor Banner
PSM setuju tukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia
Mohd Sumali (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Jefri Ngadirin (kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan 2025, PSM di WTC Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bersetuju menukar nama badan induk itu kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia dalam tempoh terdekat.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) semalam selepas usul pindaan perlembagaan yang dibentangkan mendapat sokongan lebih dua pertiga perwakilan.
Bagaimanapun, beliau berkata penukaran nama badan induk itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya pindaan perlembagaan mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).
"Semua pindaan perlembagaan akan berkuat kuasa setelah mendapat kelulusan daripada PJS. Jadi, kita akan hantar permohonanan itu dalam masa terdekat.
"Selagi tidak dapat kelulusan PJS, kita tidak boleh guna lagi," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Mengulas berkenaan penukaran nama PSM, Sumali berkata ia bertujuan menyeragamkan dengan nama badan induk sukan lain yang turut menggunakan perkataan Persekutuan.
"Sebenarnya ini bukan benda baharu, kita dah bincang sebelum ini dan ramai sudah setuju sebab ia lebih mencerminkan peranan kita sebagai pentadbir utama sepak takraw negara," katanya.
Terdahulu, dalam AGM hari ini menyaksikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dipilih sebagai Timbalan Presiden PSM bagi penggal 2025-2028 selepas mendapat 49 undi menewaskan dua pencabar lain.
Tiga kekosongan jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Datuk Abu Jimi Samat dengan 51 undi, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (48 undi) dan Wan Mohd Husni Abdullah (44 undi).
Sebelum ini, Sumali berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden PSM selepas tidak dicabar oleh mana-mana individu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badan induk
#sepak takraw
#pentadbir utama
#PJS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami