PERSEKUTUAN Tinju Malaysia (PTM) mengesahkan bahawa skuad tinju negara akan menerima seorang ketua jurulatih baharu dari Thailand menjelang Sukan SEA Kemboja tahun depan.
Ia selepas kontrak ketua jurulatih, Rustam Saidov, tidak diperbaharui sejak 1 September lalu.
Menurut Presiden PTM, Datuk Iruan Zulkefli, perubahan itu perlu dilakukan demi mendapatkan pencapaian yang lebih memberangsangkan.
Sebagai rekod, skuad tinju negara hanya membawa pulang dua pingat gangsa daripada Sukan SEA Hanoi, Mei lalu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Iruan berkata: "Jurulatih Rustam Saidov telah habis kontrak, perjanjian kami dengannya adalah untuk Sukan SEA di Vietnam lalu.
"Daripada segi prestasi kami di Vietnam, kami hanya mendapat gangsa, jadi kami rasa kami memerlukan pembaharuan untuk Sukan SEA di Kemboja tahun depan dan tidak menyambung kontraknya.
"Daripada segi perancangan, kami sedang meneliti jurulatih yang lain dan sudah menghantar kepada persatuan-persatuan negara lain untuk melihat butiran dan pengalaman mereka.
"Ia tidak merisaukan PTM kerana kami masih memiliki jurulatih tempatan yang mampu untuk menghasilkan pingat dalam Sukan SEA yang akan datang.
"Dengan pengalaman yang dimiliki mereka, saya rasa mereka mampu dan kami juga sedang memperincikan perancangan yang seterusnya," katanya.
Astro Arena
Sun Sep 25 2022
Menurut Presiden PTM, Datuk Iruan Zulkefli, perubahan itu perlu dilakukan demi mendapatkan pencapaian yang lebih memberangsangkan. - Stadium Astro
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
PTM sahkan skuad tinju negara bakal terima ketua jurulatih baharu
Ia selepas kontrak ketua jurulatih, Rustam Saidov, tidak diperbaharui sejak 1 September lalu.