awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PUBG Mobile: Soloz, DaddyHood, XK Penjahat sertai PMPL MY/SG S4

Astro Awani
Astro Awani
28/07/2021
11:20 MYT
PUBG Mobile: Soloz, DaddyHood, XK Penjahat sertai PMPL MY/SG S4
PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia / Singapura Season 4 bakal menyaksikan penyertaan Soloz, DaddyHood (DDYHD) dan XK Penjahat. - Foto PMPL
KUALA LUMPUR: PUBG Mobile Pro League (PMPL) Malaysia / Singapura Season 4 bakal menyaksikan penyertaan beberapa Key Opinion Leaders (KOL) terbesar negara, iaitu Mohd Fariz ‘Soloz’ Zakaria, DaddyHood (DDYHD) dan XK Penjahat.
Soloz akan bermain bersama pasukan Anti Circle, DaddyHood (DDYHD) akan bermain bersama pasukan Homebois, manakala XK Penjahat pula akan bermain bersama pasukan R2K.
Penyertaan ketiga-tiga KOL itu sememangnya sesuatu yang amat dinanti-nantikan buat peminat e-sukan, terutama pengikut-pengikut mereka.
“Kami komited untuk membawakan acara e-sukan yang strategik dan kejayaan besar dalam dunia e-sukan mobile, oleh itu PUBG Mobile akan terus berusaha untuk mempersembahkan kejohanan luar biasa yang menyatukan komunitu dan peminat dan komuniti melalui e-sukan.
“Mudah-mudahan penyertaan ketiga-tiga pemain utama ini akan menjadikan pentas persaingan lebih sengit dalam melonjak perkembangan e-sukan di negara ini,” kata Ketua PUBG MOBILE SEA Esports, Gaga Li.
menyaksikan penyertaan Soloz, DaddyHood (DDYHD) dan XK Penjahat.
PMPL MY/SG S4 menyaksikan penyertaan Soloz, DaddyHood (DDYHD) dan XK Penjahat.
Dengan kehadiran ketiga-tiga pemain ini, PMPL musim 4 pastinya bakal menjadi acara yang menarik buat berjuta-juta peminat e-sukan sekali gus menyumbang kepada perkembangan industri sukan itu di Malaysia.
PMPL 4 akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 19 September dan akan berlangsung selama 18 hari dengan hadiah terkumpul berjumlah AS$150,000 (RM635,250).
Berikutan perubahan dari musim sebelumnya, perlawanan pada hari minggu akan diadakan setiap hari Selasa dan Rabu dan 'Super Weekend' akan berlangsung dari hari Jumaat hingga Ahad.
Untuk musim kali ini, pasukan tempat pertama dari setiap wilayah dan tiga pasukan teratas dari negara yang menang akan mara ke Kejuaraan SEA.
Selain itu, tiga pasukan teratas bagi Kejuaraan SEA akan melangkah ke PMGC pada akhir tahun ini, yang menjanjikan hadiah terkumpul sebanyak AS$6 juta (RM25,409,080).
Topic Berkaitan
#PMPL
#PUBG Mobile
#Malaysia
#Singapura
#soloz
#DaddyHood
#XK Penjahat
#e-sukan
#esports
#Gaga Li
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan