awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan: Naim Moktar janji pertingkat akses jalan raya, pendapatan nelayan
Mary Salang menjunjung karisma Borneo ke pentas dunia
Risiko kemalangan nuklear di Ukraine lebih serius berbanding senjata atom - IAEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Adam buat nama Malaysia 'bergema' di Eropah - Hannah

Bernama
Bernama
13/10/2025
10:30 MYT
Putera Adam buat nama Malaysia 'bergema' di Eropah - Hannah
Kejayaan Putera Adam (kanan) membuktikan semangat dan keberanian anak muda Malaysia yang berani mencabar keupayaan diri di pentas antarabangsa. - Foto FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada pelumba muda negara, Putera Adam Halim Muazzam atas kejayaan luar biasa menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah di Barcelona, Sepanyol.

Ringkasan AI
  • Putera Adam Halim Muazzam, pelumba muda Malaysia berusia 19 tahun, mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah di Barcelona.
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengucapkan tahniah dan menyifatkan kejayaan ini sebagai lambang semangat anak muda Malaysia yang berani bersaing di pentas antarabangsa.
  • Putera Adam kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 94 mata dan berpeluang muncul juara keseluruhan dalam pusingan terakhir di Misano, Itali pada 67 November bersama rakan sepasukannya, Paul Levet.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Hannah berkata kejayaan pelumba berusia 19 tahun itu membuktikan semangat dan keberanian anak muda Malaysia yang berani mencabar keupayaan diri di pentas antarabangsa.
"Menjuarai Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo Eropah menjadikannya pelumba Malaysia pertama mencipta sejarah ini, kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 94 mata.
"Tahniah Putera Adam atas kejayaan luar biasa ini. Di setiap selekoh litar Catalunya, bukan sekadar enjin yang bergema tetapi nama Malaysia turut disebut dengan bangga di seluruh Eropah," katanya.
Dengan hanya satu pusingan terakhir di Misano, Itali pada 6 hingga 7 Nov depan, Putera Adam dan rakan sepasukannya Paul Levet, berpeluang muncul juara keseluruhan dengan persaingan sengit daripada pasangan pelumba Enzo Geraci dan Josef Knopp.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Adam Halim Muazzam
#muncul juara
#Kejuaraan Lamborghini Super Trofeo
#Hannah Yeoh
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan