Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
SUKAN

Rachel tewaskan Aifa, mara ke pusingan kedua terbuka Silicon Valley

Bernama 12/10/2025 | 00:40 MYT
Rachel Arnold (kiri) menewaskan Aifa Azman (kanan) untuk layak ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat, 11 Okt 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman pada Sabtu.

Pada pusingan pusingan pertama berlangsung di SquashZone, pemain ranking ke-20 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengecewakan Aifa dengan keputusan 11-6, 9-11, 12-10, 15-13 dalam tempoh 39 minit.

Ujian sebenar bagaimanapun menanti Rachel pada pusingan kedua apabila bertemu dengan pemain ranking ke-10 dunia dari England, Georgina Kennedy yang sebelum ini pernah menewaskannya dalam pertemuan sulung pada Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Mesir tahun lepas.

-- BERNAMA



#Skuasy #Amerika Syarikat #Rachel Arnold #Aifa Azman