RAFAEL Nadal mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan Wimbledon dan Olimpik Tokyo selepas berunding dengan pasukannya dalam usaha untuk memanjangkan kariernya.
Pemain Sepanyol berusia 35 tahun itu mengatakan jarak dua minggu antara Terbuka Perancis dan Wimbledon yang bermula pada 28 Jun itu tidak mencukupi baginya untuk pulih dan berehat dari kepenatan setelah bermain di gelanggang tanah liat itu.
"Saya telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini di Wimbledon dan Sukan Olimpik di Tokyo," kata Nadal, yang pernah menjuarai kejohanan Wimbledon sebanyak dua kali itu, di laman Twitternya.
"Ini bukan keputusan yang mudah tetapi selepas mendengar ‘kata-kata’ tubuh saya dan berbincang dengan pasukan, saya kira ini adalah keputusan yang tepat.”
Sebagai rekod, Nadal pernah menjulang gelaran Grand Slam sebanyak 20 kali, termasuk 13 kali di Roland Garros (Terbuka Perancis).
Bagaimanapun, untuk kejohanan Terbuka Perancis tahun ini, dia tewas kepada pemain nombor satu dunia, Novac Djokovic dalam aksi separuh akhir.
Selain itu, Nadal juga pernah memenangi dua pingat emas di Temasya Sukan Olimpik iaitu untuk perseorangan pada tahun 2008 di Beijing dan beregu pada tahun 2016 Rio.
Agensi
Thu Jun 17 2021
Rafael Nadal mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan Wimbledon dan Olimpik Tokyo. - Gambar fail/AP
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Nadal umum gantung raket
"Saya fikir ia adalah masa yang sesuai untuk menamatkan kerjaya yang telah lama dan lebih berjaya daripada yang saya bayangkan."
Rafael Nadal sahkan tarik diri dari Terbuka AS
Nadal beri bayangan selepas kegagalannya di Sukan Olimpik akan melepas kejohanan utama terakhir tahun ini di Flushing Meadows.
Tenis: Nadal mungkin tidak sertai Terbuka AS, bayangkan bakal bersara
Pemain Sepanyol Rafael Nadal mendedahkan dia mungkin tidak beraksi dalam Terbuka Amerika Syarikat sambil memberi bayangan kariernya bakal berakhir.
Paris 2024: Nadal-Alcaraz terus nyalakan impian emas
Duo Sepanyol itu diasak habis-habisan gandingan Belanda, Tallon Griekspoor dan Wesley Koolhof, sebelum merakamkan kemenangan 6-4, 6-6 (2-7), 10-2.
Olimpik Paris 2024: Impian Nadal berakhir selepas kekalahan teruk kepada Djokovic
Rafael Nadal terpaksa melupakan impian untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik selepas tewas kepada Novak Djokovic 6-1, 6-4.
Olimpik Paris: Nadal mara pusingan kedua, bertemu Djokovic
Nadal meraih kemenangan di Roland Garros, menewaskan Fucsovics 6-1, 4-6, 6-4 dalam perlawanan selama dua jam setengah.
Paris 2024: Nadal sah tidak sertai Wimbledon untuk fokus pada Olimpik
Pemenang 22 gelaran utama itu akan bertanding dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki, di gelanggang tanah liat Roland-Garros.
Rafael Nadal rancang kemunculan semula di Terbuka Qatar
Bintang tenis Sepanyol Rafael Nadal berharap dapat kembali beraksi secara kompetitif pada kejohanan Tenis ATP di Doha tidak lama lagi.
Nadal tumpu usaha kembali ke gelanggang tenis - Bapa saudara
Rafael Nadal belum akan berhenti bermain tenis setakat ini jika beliau berjaya pulih dengan baik daripada kecederaan pinggul, kata bapa saudaranya, Toni Nadal.
Djokovic kembali nombor 1, Nadal terkeluar kelompok 100 teratas
Djokovic, 36, melonjak dua anak tangga dalam kedudukan selepas kemenangan di Paris pada hujung minggu lalu.