Mempunyai susuk badan yang sasa dan tegap merupakan antara kelebihan Anwarrul Aswad untuk menceburi dalam sukan ragbi. Ternyata minatnya ini mendorong dia untuk terus bergiat aktif dalam sukan di samping tuntutan sebagai seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dibesarkan dalam keluarga yang gemar bersukan, umpama suntikan awal kepada anak sulung daripada 5 beradik ini untuk menjadi aktif. Sedari kecil lagi Anwarrul Aswad atau lebih mesra dengan panggilan Aswad sering mengikuti ayahnya menjalani latihan sukan.
Bakat serta kemampuan jejaka berusia 24 tahun ini digilap dan diserlahkan sejak di bangku sekolah lagi menjadikan faktor utama Aswad cemerlang dalam bidang sukan. Bertitik tolakan dari peringkat sekolah, akhirnya dia mendapat pendedahan awal untuk bermain ragbi ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.
“Saya mula meminati sukan ragbi ketika berada di Politeknik Shah Alam. Pada waktu itu saya mula didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa yang cukup mencabar kebolehan dan kemampuan saya untuk beraksi sebagai ‘forward winger’.” ujar Aswad.
Tambahnya, semangat berpasukan yang kuat dalam sukan rugbi menyebabkan Aswad semakin tertarik dan terus meminati sukan ini.
“Menariknya dalam sukan rugbi ini ialah saya bermain bersama pasukan yang sememangnya mementingkan kerjasama antara pasukan, sekiranya dalam permainan saya putus asa, ada rakan-rakan lain yang akan membangunkan saya untuk terus bermain.”
“Ragbi juga adalah satu sukan yang melatih tahap kesabaran. Bermain dalam cuaca yang panas, diasak beberapa kali, latihan yang cukup berat dan banyak lagi dapat melatih saya untuk mengawal emosi”. katanya sambil tersenyum.
Ketua pasukan UPM Serdang Angels ini telah beberapa kali mewakili Malaysia dalam kejohanan Antarabangsa seperti Kejohanan World University Game 7’s 2012 di Perancis, Kejohanan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dan banyak lagi kejohanan lain.
Ujarnya lagi, cabaran utama bagi dirinya adalah memikul tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa dan juga atlit. Namun setiap kegigihan yang dilakukan terdapat sokongan padu untuk terus mengorak langkah menggapai impian.
“Sokongan ibu bapalah yang sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk bangkit dan meneruskan perjuangan, di samping rakan-rakan dan tidak lupa juga pensyarah saya yang cukup memahami dan sentiasa memberikan kata-kata motivasi untuk saya terus berjaya.”
Pelajar Komunikasi Korporat tahun kedua ini mempunyai visi yang cukup tinggi, dia ingin melihat Malaysia layak menyertai sukan Olimpik bagi kejohanan ragbi pada tahun 2016, di samping ingin terus melonjakkan nama UPM sebagai pasukan yang cukup digeruni di Malaysia.
Sufian Hadi
Mon May 13 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ragbi: Rempuhan kental Aswad
Anwarrul Aswad terus bergiat aktif dalam sukan ragbi di samping tuntutan sebagai seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).