Datuk K. Rajagobal kekal meneruskan khidmat sebagai ketua jurulatih skuad senior kebangsaan.
Keputusan itu dicapai selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM yang bersidang pada Rabu memutuskan Rajagobal tidak bersalah atas pertuduhan melanggar dasar badan induk itu.
Dipengerusikan Datuk Taufek Abd Razak, mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu mencapai kata putus bahawa tiada kenyataan berunsurkan negatif kepada FAM dilontarkan pengendali berusia 57 tahun itu ketika sidang media selepas perlawanan Malaysia menentang Arab saudi, 17 Mac lalu.
"Mesyuarat hari ini memutuskan Rajagobal tidak bersalah dan kami berpuas hati bahawa Rajagobal tidak pernah membuat kenyataan sedemikian." jelas Taufek.
Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan memperhalusi pita rakaman bagi bahan bukti Rajagobal yang mengandungi kenyataan tersebut.
"Rajagobal tidak menyentuh perkara melibatkan polisi dan dasar pemain import." tambahnya lagi.
Rajagobal didakwa atas perkara 4.5.8 Kod Tatatertib FAM kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik dasar FAM mengenai pengambilan pemain import dalam Liga Malaysia yang menjejaskan kualiti pemain tempatan.
Sementara itu, Rajagobal enggan beri reaksi lanjut berhubung keputusan yang memihaknya itu.
Zulhelmi Zainal Azam
Wed Apr 24 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tindakan tepat FAM
Datuk K Rajagobal dibebaskan daripada sebarang tindakan oleh Tindakan Jawatankuasa Tatatertib FAM, merupakan satu langkah yang betul.
FAM tidak harus terpengaruh dengan media
Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak seharusnya terpengaruh dengan laporan media.
Rajagobal kunci mulut isu langgar Artikel 88 FAM
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal terus bersikap 'kunci mulut' terhadap isu pertuduhan melanggar Artikel 88 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Rajagobal, Artikel 88 dan media
Minggu ini, tumpuan terarah kepada kedudukan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang sudah diberi surat pertuduhan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia,FAM.
Raja mungkin mangsa terbaru Artikel 88
Minggu ini bola sepak mencuri tumpuan dan fokus kembali terarah kepada Artikel 88.
FAM dijangka keluar surat pertuduhan Rajagobal minggu depan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
Shabery mahu FAM pastikan Artikel 88 tidak bercanggah FIFA
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).