JURULATIH Petaling Jaya (PJ) City FC, P Maniam menyifatkan pemergian pemain berpengalaman, P Rajes, 37, yang meninggal dunia akibat kemalangan sebagai kehilangan besar buat pasukannya.
Maniam menyifatkan pemain pertahanan kanan itu sebagai orang penting dalam skuad 'buatan Malaysia' tersebut.
"Kadang-kadang saya memang berbincang dengannya mengenai barisan pemain skuad PJ City dan bagaimana untuk menambah baik prestasi pasukan," katanya.
Beliau berkata, mendiang juga merupakan pemain yang komited dan berdisiplin serta menjadi tauladan buat para pemain.
"Dia seorang yang berdisiplin dan sangat komited sebagai pemain dan dia juga suri teladan buat pasukannya," katanya.
Rajes meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal lewat malam Ahad.
Kemalangan berlaku semasa mangsa menaiki motosikal dari arah Jalan Sri Batu Caves menghala Batu Muda pada 10.30 malam dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok di bahu jalan berkenaan.
Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kehilangan pemain itu memberi tamparan buat skuad himpunan pemain tempatan itu apabila mendiang banyak membantu PJ City sepanjang kempen Liga Super musim ini.
Penampilan terakhir mendiang ialah ketika masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur City (KL City) Sabtu lalu.
Dalam pada itu, rakan sepasukan Rajes, Kalamullah Al-Hafiz yang merupakan penjaga gawang PJ City berkata, mendiang ketika hayatnya merupakan seorang yang tidak banyak bercakap, namun banyak memberi dorongan kepada rakan sepasukan.
Kehilangan mendiang turut mengundang rasa sedih pelbagai pihak termasuk Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang mengucapkan takziah dalam laman sosial pada Isnin.
“Salam takziah buat keluarga mendiang Rajesh, pemain PJ City FC yang meninggal dunia awal pagi ini. Semoga keluarga mendiang tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini,” catat PFAM di Facebook pada Isnin.
Selain itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan berkongsi mengenai pengalaman pemain itu yang pernah mewakili PKNS FC, Selangor dan Kedah sepanjang kariernya.
Rajesh yang memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional pada 2011 beraksi bersama PKNS FC (kini Selangor II) pada 2011 dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier pada tahun sama.
Dia turut melebarkan kariernya bersama Selangor FC pada 2014 dan kemudiannya menyarung jersi Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 2015.
Mendiang menyertai PJ City pada 2018 dan terus kekal sehingga 2022 yang juga musim kelimanya bersama kelab itu.
Bagi musim ini, Rajesh membuat 12 penampilan secara keseluruhan iaitu enam kali dalam kesebelasan utama dan enam kali sebagai pemain gantian.
Momen paling diingati penyokong pastinya ketika dia tular selepas melakukan tandukan terbang hasil hantaran S Kumaahran untuk membantu PJ City menang pusingan kedua Piala FA menentang Kelantan FC. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 17 2022
Maniam menyifatkan mendiang Rajes sebagai pemain yang berdisiplin dan menjadi tauladan buat rakan sepasukan. - Foto Agensi/Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rajes satu kehilangan besar buat PJ City - Maniam
Maniam menyifatkan pemain pertahanan kanan itu sebagai orang penting dalam skuad 'buatan Malaysia' tersebut.