SUKAN
Rakam video lucah: Penyerang Korea Selatan Hwang Ui-jo digantung 20 tahun oleh FA Korea
Ui-jo juga tidak dibenarkan mendaftarkan diri sebagai pemain atau jurulatih di Korea Selatan sepanjang tempoh penggantungan. - Stadium Astro
HASRAT penyerang Korea Selatan, Hwang Ui-jo menyarung jersi skuad kebangsaan bagi kempen Piala Dunia 2026 musnah.
Ringkasan AI
Maeil Business Newspaper melaporkan penyerang berusia 33 tahun itu kini menerima hukuman penggantungan selama 20 tahun oleh Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA).
Ia susulan Ui-jo disabitkan bersalah oleh mahkamah Korea Selatan atas dakwaan membuat rakaman video lucah tanpa kebenaran.
Penyerang Alanyaspor itu dikenakan hukuman penjara selama setahun dan diletakkan di bawah pemantauan selama dua tahun.
Hukuman penggantungan yang dijatuhkan KFA dibuat bukan sahaja berdasarkan buku peraturan badan induk itu -- Malah, KFA turut merujuk kepada peraturan Jawatankuasa Olimpik & Sukan Korea Selatan.
Ui-jo juga tidak dibenarkan mendaftarkan diri sebagai pemain atau jurulatih di Korea Selatan sepanjang tempoh penggantungan.
Bagaimanapun, hukuman ini tidak terpakai untuk kelab Ui-jo di luar negara.
Antara bekas kelab Ui-jo ialah Nottingham Forest, Norwich City, Gamba Osaka, Bordeaux, Olympiacos, Seongnam dan FC Seoul.
Dia turut merekodkan 62 penampilan dan 19 gol bersama Korea Selatan. Antara pencapaian terbaik Ui-jo ialah pingat emas Sukan Asia 2018. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Hwang Ui-jo digantung 20 tahun oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) selepas disabitkan bersalah merakam video lucah tanpa kebenaran; hukuman ini menamatkan peluangnya beraksi di Piala Dunia 2026.
- Penyerang berusia 33 tahun itu turut dijatuhi hukuman penjara setahun dan pemantauan dua tahun, serta dilarang mendaftar sebagai pemain atau jurulatih di Korea Selatan sepanjang tempoh penggantungan.
- Hukuman tidak terpakai untuk kelab luar negara, namun Ui-jo yang pernah beraksi untuk Nottingham Forest, Bordeaux dan Olympiacos kini berdepan kejatuhan karier selepas 62 caps dan 19 gol bersama Korea Selatan, termasuk emas Sukan Asia 2018.