awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakan Muda nafas baharu perkenal Rakan Demokrasi dan Rakan Litar - Hannah Yeoh

Bernama
Bernama
25/06/2023
12:15 MYT
Rakan Muda nafas baharu perkenal Rakan Demokrasi dan Rakan Litar - Hannah Yeoh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) ketika melancarkan Rakan Muda Nafas Baharu di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. - Foto BERNAMA
BANGI: Rakan Demokrasi dan Rakan Litar adalah dua daripada 10 gaya hidup yang diperkenal dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda yang diberi nafas baharu serta dilancarkan hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pengenalan Rakan Demokrasi bersesuaian dengan keputusan kerajaan yang sebelum ini telah menurunkan hak mengundi kepada golongan belia berusia 18 tahun.
"Melaluinya, kita nak pastikan golongan belia yang diberi hak dalam mengundi mereka ada pengisian, pendidikan berterusan dalam segenap aspek demokrasi untuk kita bantu mereka, beri lebih kefahaman.
"Rakan Litar pula diperkenal selari dengan gaya hidup golongan muda ketika ini yang memperlihatkan keterlibatan dan populariti sukan permotoran itu semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Rakan Muda yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.
Hannah berkata lapan lagi gaya hidup Rakan Muda ialah Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Beliau berkata inisiatif Rakan Muda yang diberi nafas baharu itu diharap mampu menarik minat lebih ramai anak muda dan menyasarkan penyertaan lebih sejuta golongan berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun.
"Oleh itu, kita sarankan setiap kementerian yang ada apa-apa sahaja program dengan anak muda, melibatkan golongan belia, sila gunakan platform Rakan Muda ini, logo Rakan Muda... contohnya, Kementerian Kewangan buat program kewangan atau usahawan, kita boleh letak di bawah Rakan Niaga.
"Selain itu, di peringkat negeri, kita beri kebebasan untuk adakan program, terpulang pada hala tuju mereka namun kita di peringkat persekutuan, akan sentiasa pantau bagi memastikan ia di landasan tepat," katanya.
Hannah juga berkata semua aktiviti dan perancangan berkaitan Rakan Muda bagi tahun ini adalah berdasarkan peruntukan sedia ada selain usaha kementerian mengadakan kerjasama dengan rakan strategik seperti foodpanda, Grab, Lazada dan Shopee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rakan Muda
#KBS
#Hannah Yeoh
#Rakan Demokrasi
#Rakan Litar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan