awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
Struktur organisasi baharu sokong agenda peralihan tenaga, tingkat penyampaian - ST
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakphol tamatkan khidmat sebagai jurulatih futsal kebangsaan

Bernama
Bernama
31/12/2025
13:48 MYT
Rakphol tamatkan khidmat sebagai jurulatih futsal kebangsaan
Rakphol, 46, terpaksa meninggalkan skuad futsal Harimau Malaya untuk kembali ke Thailand kerana menerima tawaran di negara kelahirannya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan Rakphol Sainetngam akan menamatkan khidmatnya berkuat kuasa hari ini selepas lebih dua tahun menyandang jawatan berkenaan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Rakphol, 46, yang lebih dikenali sebagai Coach Hamee terpaksa meninggalkan skuad futsal Harimau Malaya untuk kembali ke Thailand kerana menerima tawaran di negara kelahirannya.
Menurut FAM, sepanjang tempoh berkhidmat, Rakhpol telah memberikan komitmen yang cukup baik di dalam dan luar gelanggang dalam membantu memperkasakan pasukan futsal negara.
"Beliau berjaya membawa skuad futsal Harimau Malaya layak ke Piala Asia Futsal 2026 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 Jan hingga 7 Feb depan, selepas melepasi saingan kelayakan di Kuantan, Pahang pada September lepas, bersama-sama Iran dengan menyingkirkan UAE dan Bangladesh.
"Beliau juga memastikan Pingat Gangsa acara Futsal Lelaki pada Sukan SEA 2025 Thailand menjadi milik Malaysia pada 19 Dis lepas, apabila pasukan kendaliannya berjaya menamatkan saingan liga sepusingan di tangga ketiga di belakang Indonesia dan Thailand serta mengatasi Vietnam dan Myanmar.
"Sentuhan Rakphol turut membawa skuad futsal Harimau Malaya B-19 berjaya meraih tempat ketiga Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 di Nonthaburi, Thailand, dengan mengatasi Vietnam pada aksi penentuan tempat ketiga pada 29 Dis lepas," menurut kenyataan itu.
FAM merakamkan ucapan terima kasih kepada Rakphol atas sumbangan dan khidmat bakti beliau bersama pasukan negara, selain mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua jurulatih
#Skuad futsal kebangsaan
#Rakphol Sainetngam
#tamat perkhidmatan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan