SUKAN

Ramai berjaga malam saksikan acara pembukaan Piala Dunia

Azyyati Ahmad 13/06/2014 | 04:42 MYT
Ramai berjaga malam saksikan acara pembukaan piala dunia, Piala Dunia FIFA 2014
Awal pagi tadi berlangsungnya acara pembukaaan sukan paling berprestij di dunia, kejohanan Piala Dunia FIFA 2014.

Ramai yang tidak melepaskan peluang menyaksikannya kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu biarpun terpaksa berjaga awal pagi.

Walaupun perbezaan waktu Malaysia dan Brazil adalah 11 jam, namun ianya tidak menghalang peminat sukan bola sepak di Malaysia untuk bersekang mata menantikan acara pembukaan Piala Dunia tersebut.

Piala Dunia FIFA 2014 secara rasminya membuka tirai awal pagi tadi dengan perlawanan pertama oleh pasukan tuan rumah Brazil menentang pasukan Croatia.

Kehangatan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 itu turut dikongsi oleh orang ramai menerusi media sosial.

Antara yang berkongsi kemeriahan perlawanan antara Brazil dan Croatia ialah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menggunakan laman mikro Twitter untuk berkongsi suasana ketika beliau menonton satu perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan online beliau.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut tidak ketinggalan menyaksiakan acara pembukaan Piala Dunia 2014.

Beliau bersama kementeriannya mengajurkan acara Fiesta Samba Piala Dunia di Dataran Merdeka sebelum perlawanan pembukaan berlangsung.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Paling lucu, selepas perlawanan berakhir, Khairy berjenaka meminta cuti sakit dari Perdana Menteri.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Turut serta acara di Dataran Merdeka adalah Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Reaksi di media sosial semalam turut menunjukkan ramai yang teruja dan tidak cukup tidur kerana menyaksikan perlawanan pertama acara sukan yang diadakan empat tahun sekali itu, malam tadi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Brazil #FIFA #Piala Dunia FIFA #reaksi media sosial