awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramos cetus komen kontrovesi politik Catalunya

Astro Arena
Astro Arena
24/12/2017
05:24 MYT
Ramos cetus komen kontrovesi politik Catalunya
Ditanya mengenai situasi Madrid yang semakin tercicir, Sergio Ramos (gambar) merujuk kepada isu Puigdemont. - Gambar fail
SERGIO Ramos mencetuskan kenyataan kontroversi mengenai pemimpin Catalan yang kini dalam buangan, Carles Puigdemont, selepas kekalahan 3-0 Real Madrid kepada Barcelona dalam aksi El Clasico, malam tadi.
Pemain pertahanan Madrid itu turut mengutip kad kuning kerana memaut kepada Luis Suarez pada babak kedua di Santiago Bernabeu.
Apabila ditanya mengenai situasi Madrid semakin tercicir, 14 mata di belakang Barca yang menguasai tangga teratas LaLiga, pemain antarabangsa Sepanyol itu merujuk kepada isu Puigdemont.
Puigdemont dilihat sebagai presiden Catalonia oleh pihak pemisah, tetapi digulingkan oleh pihak berkuasa Sepanyol lalu melarikan diri ke Belgium kerana bimbang dipenjarakan.
"Di Barcelona, ​​mereka akan mengatakan saya ditempatkan di penjara bersama Puigdemont. Saya menghadapi cabaran dan menghambat (Suarez) tetapi saya tidak berniat untuk memukulnya," kata Ramos.
Madrid memenangi gelaran kelima mereka tahun ini dengan menakluk Piala Dunia Kelab, minggu lalu dan pemain tengah itu menegaskan penguasaan mereka tahun ini membuktikan kekalahan El Clasico bukan kegagalan.
"Sila lihat semula pencapaian tahun 2017 dan kaji semula statistik kami," katanya sambil mendesak pemain untuk terus berjuang dalam LaLiga biarpun defisit mereka terlalu jauh dengan Barca.
"Aksi Clasico mungkin adalah kejayaan tambahan tetapi ia bukan penentunya. Kami ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, tewas dan ketinggalan 14 mata.
"Sejarah dan maruah kelab akan memaksa kami untuk berjuang sehingga ke akhirnya. Kami perlu realistik dan kami masih akan terus berjuang -- itulah DNA kami.
"Ini lebih menyakitkan daripada perlawanan lain. Kami boleh menggunakannya untuk menilai keupayaan kami agar terus meningkatkan, kekalahan ini tidak menjejaskan tahun 2017 kami, ia merupakan tahun bersejarah."
Topic Berkaitan
#barcelona
#Carles Puigdemont
#Catalan
#Catalonia
#El Clasico
#kad kuning
#LaLiga
#Real Madrid
#Sergio Ramos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan