SUKAN
Rangers pecat Russell Martin selepas permulaan hambar
Martin, yang sebelum ini dipecat Southampton pada Disember lalu, dilantik sebagai pengurus Rangers pada Jun dengan kontrak tiga tahun. - Foto REUTERS
GLASGOW: Rangers memecat pengurus, Russell Martin, pada Ahad selepas permulaan hambar musim ini yang menyaksikan kelab itu berada di tangga kelapan saingan Liga Perdana Scotland.
Martin, yang sebelum ini dipecat Southampton pada Disember lalu, dilantik sebagai pengurus Rangers pada Jun dengan kontrak tiga tahun.
Namun, siri keputusan mengecewakan menyebabkan pengurusan kelab kehilangan sabar.
Keputusan seri 1-1 menentang Falkirk pada Ahad menjadi detik terakhir, dengan Rangers kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Hearts, selepas tujuh perlawanan.
“Walaupun setiap tempoh peralihan memerlukan masa, keputusan tidak memenuhi jangkaan kelab,” kata kenyataan rasmi Rangers.
Rangers turut gagal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas disingkirkan Club Brugge pada pusingan playoff. Kempen Liga Europa mereka juga bermula suram dengan dua kekalahan kepada Genk dan Sturm Graz.
Kelab itu turut mengumumkan bahawa penolong jurulatih, Matt Gill, dan jurulatih pasukan utama, Mike Williamson, juga akan meninggalkan pasukan.
Namun, tiada pengumuman dibuat mengenai pengganti Martin.