[TERKINI] Najib Razak kekal di Penjara Kajang
SUKAN

Ranking Harimau Malaya jatuh lima anak tangga, kini di kedudukan ke-121

Bernama 22/12/2025 | 14:00 MYT
Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,145.9 mata, jatuh lima anak tangga berbanding ke-116 dunia sebelum ini. - Gambar Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


Ringkasan AI
  • Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia berdasarkan ranking terbaharu FIFA, mengumpul 1,145.9 mata dan jatuh lima anak tangga daripada kedudukan sebelumnya.
  • Penurunan ranking disebabkan FIFA membatalkan dua kemenangan Malaysia serta satu seri disebabkan penggunaan pemain tidak layak, menjadikan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan tersebut.
  • Keputusan FIFA turut melibatkan denda sebanyak CHF10,000 (sekitar RM51,414) yang dikenakan kepada FAM sebagai akibat daripada kesalahan tersebut.


Berdasarkan kemas kini terbaharu hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,145.9 mata, jatuh lima anak tangga berbanding ke-116 dunia sebelum ini.

Penurunan ranking itu susulan keputusan FIFA untuk membatalkan dua kemenangan ke atas Singapura pada 4 Sept dan Palestin (8 Sept) manakala satu keputusan seri menentang Cape Verde (29 Mei) selepas Malaysia didapati menurunkan pemain yang tidak layak.

Sehubungan dengan itu, FIFA membuat keputusan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan terbabit.

Selain pengisytiharan kekalahan, FAM turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (kira-kira RM51,414).

-- BERNAMA

#harimau Malaya #FAM #FIFA #ranking