[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Ranking Pang Ron-Su Yi naik mendadak selepas prestasi cemerlang

Astro Arena 25/11/2024 | 05:16 MYT
Walaupun baru sahaja bergandingan, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi berjaya mengumpul 9,350 mata yang melonjak tinggi kedudukan daripada 23 ke ranking ke-18 dunia. - Gambar fail
KECEMERLANGAN beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi, dalam Masters China dibalas dengan peningkatan ranking yang ketara mengikut kemas kini carta kedudukan Kesatuan Badminton Dunia (BWF).
Meskipun hadir di Shenzhen selaku gandingan bukan pilihan dalam kejohanan bertaraf super 750 itu, mereka membuktikan bahawa mereka mampu melakar kejutan dengan meraih gelaran naib juara berhadapan laluan berliku sebelum ke perlawanan akhir.
Walaupun baru sahaja bergandingan, mereka berjaya mengumpul 9,350 mata yang melonjak tinggi kedudukan daripada 23 ke ranking ke-18 dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, juara Terbuka China, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani peroleh satu anak tangga yang menyaksikan mereka naik ke tempat ketujuh dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, kedudukan pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak berubah di mana masing-masing berada di tempat keenam dan kelima.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lee Zii Jia pula yang terkandas ketika pusingan pembukaan Masters China terjatuh satu anak tangga di tempat kelapan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- Stadium Astro

#Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi #ranking Kesatuan Badminton Dunia #beregu campuran negara #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani