awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Jenazah Nadia Kesuma dikebumi pagi esok di Jeddah
Siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh dijangka tiba Mac atau April ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Bus sedia 82 bas khas sempena MotoGP 24 hingga 26 Oktober

Bernama
Bernama
09/10/2025
05:45 MYT
Rapid Bus sedia 82 bas khas sempena MotoGP 24 hingga 26 Oktober
Tambang bas ditetapkan RM20 sehala dan RM35 pergi-balik dari KLCC atau Pasar Seni, manakala RM12 sehala dari KLIA2. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menyediakan 82 bas khas untuk membawa peminat menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 24 hingga 26 Okt ini.

Ringkasan AI
  • Rapid Bus menyediakan 82 bas khas dari Pasar Seni, KLCC dan KLIA Terminal 2 untuk membawa peminat ke Litar Antarabangsa Sepang sempena MotoGP Malaysia dari 24 hingga 26 Oktober.
  • Tambang bas ditetapkan RM20 sehala dan RM35 pergi-balik dari KLCC atau Pasar Seni, manakala RM12 sehala dari KLIA2, dengan pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian atau di lokasi terpilih.
  • Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di sekitar SIC bagi melancarkan pergerakan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Rapid Bus menerusi kenyataan memaklumkan perkhidmatan bas khas itu akan beroperasi dari tiga lokasi utama-Hab Bas Pasar Seni, Hentian Bas KLCC dan Hab Bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 bagi memudahkan pengunjung menuju ke SIC.
"Hab Bas Pasar Seni akan menyediakan sambungan perkhidmatan ke Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, manakala Hentian Bas KLCC disambungkan ke Laluan Kelana Jaya. Hab Bas KLIA2 pula disediakan khusus untuk sambungan ke ERL Express," menurut kenyataan itu.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang shop.myrapid.com.my bermula esok atau dibeli secara terus di lokasi terpilih.
Tambang bagi destinasi KLCC atau Pasar Seni ditetapkan pada kadar RM20 sehala dan RM35 pergi-balik, manakala RM12 sehala bagi KLIA 2.
"Bagi melancarkan pergerakan para pengunjung di lokasi acara, Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di sekitar SIC sepanjang tempoh acara berlangsung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MotoGP
#Rapid Bus
#perkhidmatan bas
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan