Razman tolak aksi Liverpool

Astro Arena
Julai 14, 2015 23:48 MYT
Malah Razman turut meluahkan rasa terkilan kerana namanya terlepas pandang ketika dia berada di tahap terbaik untuk menyahut cabaran peringkat antarabangsa.
Kapten Pahang, Razman Roslan menganggap dirinya ditahap belum bersedia aksi perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia berdepan Liverpool pada 24 Julai ini.
Pemain pertahanan itu mahu menarik diri kerana percaya tidak adil andai tidak mampu memberi sumbangan terbaik buat pasukan.
Malah Razman turut meluahkan rasa terkilan kerana namanya terlepas pandang ketika dia berada di tahap terbaik untuk menyahut cabaran peringkat antarabangsa.
Disebabkan itu dia berasakan sudah tiba masanya pemain lebih muda diberi peluang untuk mewakili skuad negara, walaupun sedar dia berdepan risiko tidak akan dipanggil lagi jika meneruskan hajatnya.
#Kapten Pahang #Liverpool #Razman Roslan