PENGARAH Real Madrid, Emilio Butragueno berkata kelab itu telah dipilih untuk berdepan 'lawan paling teruk' dalam aksi kalah mati Copa del Rey.

Juara Eropah itu bakal berdepan Sevilla dalam dua aksi timbal balik yang bakal berlangsung pada Januari, di mana mereka juga akan bertemu di LaLiga.

Sevilla hampir untuk menewaskan Real dalam aksi Piala Super UEFA pada Ogos.

Dalam perlawanan itu, Sergio Ramos menjaringkan gol penyamaan sebelum Dani Carvajal memastikan kemenangan dimiliki pemenang Liga Juara-Juara (UCL) 11 kali itu.

Skuad kendalian Jorge Sampaoli berjaya mara ke pusingan 16 terbaik UCL dan menduduki tangga ketiga liga, Butragueno menyedari Sevilla mampu mendatangakan masalah buat pasukannya.

"Mereka adalah lawan paling teruk dan kami perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada setiap perlawanan ini.

"Kami perlu membuat persediaan yang rapi untuk perlawanan pertama kerana kami mengetahui kesukaran beraksi di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan.

"Penyokong tuan rumah yang bersemangat akan menggugat prestasi pemain kami dan ia akan memberikan kelebihan buat pasukan lawan," ujar Butragueno.