SUKAN

Real Madrid berminat dapatkan khidmat Neymar

Astro Awani 08/08/2019 | 00:52 MYT
Neymar menjulang empat trofi utama sepanjang beraksi di La Liga. Astro ARENA
REAL Madrid kini dalam proses mengadakan rundingan dengan Paris Saint Germain (PSG) dalam usaha untuk mendapatkan Neymar.

Neymar dilaporkan telah memberi bayangan mahu menyertai PSG pada jendela perpindahan musim ini.

Bagaimanapun, menurut Sky Sports, tiada sebarang tawaran rasmi dibuat Real sehingga kini.

Difahamkan, PSG hanya mahu menerima tawaran berbaloi dengan perbelanjaan 200 juta pound yang dibuat ketika mendapatkan Neymar pada 2017.

Neymar menjulang empat trofi utama sepanjang beraksi di La Liga.

Ini termasuk gelaran juara liga dan Liga Juara-Juara Eropah.




#bola sepak #La Liga #Liga Juara-Juara Eropah #Neymar #Paris Saint Germain #perpindahan #PSG #Real Madrid #tawaran