PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe akhirnya menyertai kelab LaLiga Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak lima tahun, kata juara Liga Juara-Juara tersebut, sekali gus menamatkan pemburuan bertahun-tahun Los Blancos terhadap Galactico terbaru mereka tersebut.
"Real Madrid CF dan Kylian Mbappe mencapai kata sepakat dan dia akan menjadi pemain Real Madrid untuk tempoh lima musim," kata juara Sepanyol itu dalam satu kenyataan.
Mbappe berkongsi imej dirinya sebagai pemain dalam kit Real Madrid serta bertemu Cristiano Ronaldo di profil media sosialnya sejurus selepas kenyataan kelab itu.
“Impian menjadi kenyataan. Sangat gembira dan bangga menyertai kelab impian saya @realmadrid.
“Tiada siapa yang dapat memahami betapa terujanya saya sekarang. Tidak sabar untuk melihat anda, Madridistas, dan terima kasih atas sokongan anda yang luar biasa. Hala Madrid!," tulisnya.
Kapten pasukan Perancis berusia 25 tahun itu sebelum ini mengumumkan meninggalkan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dalam video yang disiarkan di platform media sosial X pada 10 Mei.
Mbappe akan berpindah ke Real Madrid pada Julai apabila kontrak bersama Les Parisiens berakhir 30 Jun, namun penyerang itu akan diumumkan sebelum menyertai skuad Perancis untuk Euro 2024 di Jerman.
Mbappe menyertai pasukan yang dipenuhi bintang di Madrid dengan Vinicius Junior dan Jude Bellingham, diketuai pengendali Itali Carlo Ancelotti - jurulatih paling berjaya dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan lima gelaran.
Biarpun Mbappe memenangi beberapa trofi di PSG, sering melengkapkan beregu domestik dan treble, ketiadaan status kejuaraan Liga Juara-Juara penghormatan utama menghalangnya untuk melengkapkan resume cemerlangnya.
Mbappe meninggalkan PSG selepas tujuh tahun di kelab itu menyaksikan dia memenangi enam kejuaraan Ligue 1 dan empat Piala Perancis, menamatkan kariernya di ibu negara sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa kelab itu dengan 256 gol.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu mengejutkan PSG tahun lalu apabila dia menghantar surat menyatakan dia tidak akan mengambil pilihan lanjutan kontrak setahun apabila ia tamat pada Jun.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 04 2024
Mbappe berkongsi imej dirinya sebagai pemain dalam kit Real Madrid di profil media sosialnya. - Foto Instagram Kylian Mbappe
AWANI Ringkas: Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Oktober 2024
1️⃣ Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
2️⃣ MARA sudah ambil tindakan undang-undang
3️⃣ Golongan rentan terperangkap akibat perang
1️⃣ Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
2️⃣ MARA sudah ambil tindakan undang-undang
3️⃣ Golongan rentan terperangkap akibat perang
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
Bursa Malaysia dijangka berdepan dagangan sempit minggu depan
Ketidaktentuan geopolitik dan pilihan raya Jepun serta AS mungkin memberi kesan kepada Bursa Malaysia, dengan pelabur terus berhati-hati.
Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel - Ketua IAEA
Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat.
Budak 5 tahun ditemukan rentung
Kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.
Erdogan seru Iran bangkit selepas serangan Israel, amaran terhadap konflik serantau
Presiden Turki Erdogan menuduh Israel cuba mencetuskan konflik serantau melalui serangan ke atas Iran, sambil mengingatkan dunia agar tidak terpedaya dengan permainan ini.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Anugerah E50 bantu ketengah kejayaan usahawan PKS
Pengiktirafan ini membolehkan mereka membina perkongsian yang kukuh, bukan sahaja dengan syarikat domestik tetapi juga dengan pelabur asing.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro AWANI dinobatkan pemenang kategori Liputan Berita TV Terbaik menerusi Pantau Agenda Reformasi, Grafik TV Terbaik dan PSA dan Kapsul TV Terbaik bagi kempen Enam Negeri Memilih dan Kesan Khas TV Terbaik bagi kempen Malaysia Memilih: Mari Keluar Mengundi.
Griezmann rasa dirinya setaraf Messi, Ronaldo
Berbeza dengan anugerah FIFA, pemenang Ballon d'Or ditentukan oleh undian wartawan dan Griezmann menganggap anugerah itu lebih berprestij.