Real Madrid lantik Ancelotti buat kali kedua

Astro Arena
Jun 2, 2021 04:37 MYT
Carlo Ancelotti dilihat selepas perlawanan EPL antara Everton dan Wolverhampton Wanderers di stadium Goodison Park, Liverpool, England, 19 Mei, 2021. (Foto AP)
CARLO Ancelotti sah dilantik sebagai ketua jurulatih Real Madrid selepas presiden kelab itu, Florentino Perez, tertarik dengan prestasi pengendali berbangsa Itali itu menguruskan Everton.
Ancelotti secara tiba-tiba menjadi pilihan utama untuk mengisi jawatan itu biarpun Raul dan Mauricio Pochettino dilihat sebagai pencabar utama sebelum ini.
Pelantikan itu bermakna dia akan kembali ke kelab yang memecatnya enam tahun lalu, di mana Perez merupakan ketua lembaga pengarah yang memutuskan keputusan itu pada penghujung musim 2014-15.
Perez berkata sepanjang tempoh pertama itu, dia memiliki hubungan yang baik dengan Ancelotti dan ia menjadi satu faktor mengapa dia memanggil semula jurulatih veteran itu ke ibu kota Sepanyol berkenaan.
#ketua jurulatih #Real Madrid #Carlo Ancelotti