SUKAN

Red Bull MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish terlepas jarakkan kedudukan puncak

Astro Arena 13/07/2025 | 22:10 MYT
Walaupun terjatuh, Hakim Danish masih mampu meneruskan perlumbaan, namun tanpa mengutip sebarang mata selepas menghabiskan aksi di tempat ke-18. - Foto Astro ARENA
PENDAHULUAN Hakim Danish Ramli dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) kian tergugat apabila berputih mata dalam perlumbaan 2 di Sachsenring, Jerman, pada Ahad.

Walaupun terjatuh tetapi masih mampu meneruskan perlumbaan, namun tanpa mengutip sebarang mata selepas menghabiskan aksi di tempat ke-18 yang menyaksikan pelumba Indonesia, Veda Pratama, muncul juara.

Kedudukan itu secara tidak langsung bergelut mencapai potensinya setelah mengakhiri perlumbaan 1 di tempat ke-10.

Begitupun, pencabar terdekatnya yang dipisahkan dengan 13 mata di puncak, Brian Uriarte, gagal meneruskan perlumbaan biarpun mendominasi perlumbaan 1 pada Sabtu.






#Red Bull MotoGP Rookies Cup #Hakim Danish Ramli #Jerman #Veda Pratama