awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reiss Nelson muktamad masa depan di Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
07/07/2023
02:10 MYT
Reiss Nelson muktamad masa depan di Arsenal
Nelson juga menyumbat dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Nottingham Forest walaupun kurang memainkan peranan dalam usaha Arsenal memburu kejuaraan. - Foto Astro ARENA
REISS Nelson mengesahkan masa depannya bersama Arsenal selepas menandatangani kontrak baru dengan kelab yang diwakilinya sejak program akademi lagi.
Pemain berusia 23 tahun itu dalam senarai The Gunners tetapi perjanjiannya sebelum ini telah tamat sebelum dia memuktamadkan kontrak baru selama empat tahun dengan pilihan untuk kekal selama setahun lagi.
Nelson membuat lapan penampilan sebagai pemain gantian dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dan meledak gol pada detik terakhir yang tidak dapat dilupakan ketika The Gunners bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Bournemouth 3-2.
Bekas tonggak antarabangsa England B-21 itu juga menyumbat dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Nottingham Forest walaupun kurang memainkan peranan dalam usaha Arsenal memburu kejuaraan.
“Reiss merupakan pemain yang saya kagumi sejak hari pertama saya di sini lagi,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.
“Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa dan merupakan penyerang berbakat yang menarik.
"Reiss tahu betapa pentingnya dia buat skuad kami berdasarkan kualiti yang dia ada.
“Adalah sangat bagus Reiss menjamin masa depannya bersama kami memandangkan dia mengenali kelab ini dengan baik.
"Dia membesar di sini dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati lebih banyak detik indah bersamanya.”
Topic Berkaitan
#Reiss Nelson
#Arsenal
#kontrak
#Mikel Arteta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan