Reka bentuk Velodrom Azizulhasni Awang jadi persoalan

Astro Awani
Ogos 14, 2021 03:17 MYT
Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu, dijangka siap Disember depan. - Gambar fail BERNAMA
VELODROM Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu, yang dijangka siap Disember depan berdepan cabaran untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa di bawah kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Reka bentuk velodrom tersebut mengundang persoalan mengenai spesifikasi UCI.
Tiada bumbung, tiada tempat duduk penonton dan tiada laluan ambulans.
Ini bermakna, velodrom yang menelan kos RM11 juta ini tidak akan dapat kelulusan menganjurkan kejohanan antarabangsa.
Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Mazlan Md Jali kepada Astro ARENA.
Sukan Basikal | Velodrom Azizulhasni Awang siap Disember ini
#sukan #Azizulhasni Awang #terengganu #velodrom #spesifikasi #UCI #Kesatuan Berbasikal Antarabangsa