awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rinani kini pemilik sah KL City FC

Bernama
Bernama
02/03/2023
20:45 MYT
Rinani kini pemilik sah KL City FC
Urusan perjanjian penjualan saham dengan KLFA dimeterai secara rasmi antara Khalid (tengah) dan Azi semasa perlawanan Liga Super 2023 antara KL City FC dan JDT di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Rabu. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Firma perunding kewangan, Rinani Group Berhad (Rinani) kini sah menjadi pemilik kelab Kuala Lumpur City FC (KL City FC) selepas memperoleh pegangan saham majoriti dalam Kuala Lumpur City Sdn Bhd.
Urusan perjanjian penjualan saham dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dimeterai secara rasmi antara Presiden (KLFA), Khalid Abdul Samad dan Pengarah Rinani, Azi Azerai semasa perlawanan Liga Super 2023 antara KL City FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Rabu.
Azri, dalam kenyataan semalam, berkata sebagai pemilik saham majoriti kelab itu, pihaknya akan berusaha memacu prestasi KL City dengan menumpukan kepada aspek kejurulatihan, pengambilan pemain dan pembangunan remaja.
"Selain aspek permainan, kami juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan aliran pendapatan KL City agar ia mampan dan terus mengekalkan kelab itu.
"Kami juga berusaha ke arah mengadakan lebih banyak kerjasama korporat dan penajaan untuk kelab supaya mampan daripada segi kewangan serta memastikan tahap latihan boleh membawa kelab ke peringkat antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu, Khalid, menerusi kenyataan sama, berkata perjanjian pada Rabu itu merupakan hari bersejarah apabila pemilikan majoriti KL City telah beralih kepada Rinani.
"Penswastaan kelab adalah demi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sukan bola sepak profesional, termasuk pemain, penyokong, penaja dan vendor yang berkait rapat dengan kelab selama ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rinani
#KL City
#pemilikan majoriti
#Khalid Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan