Rio 2016: Acara bermula dengan fiesta di Stadium Maracana

Agensi
Ogos 6, 2016 01:01 MYT
Para atlet memasuki stadium semasa majlis perasmian bagi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Jumaat, 5 Ogos, 2016. (AP Photo/Matthias Schrader)
Majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2016 di Rio berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Stadium Maracana, diiringi pertunjukan bunga api dan koreografi laser pada Jumaat malam waktu tempatan.
Kira-kira 78,000 orang memenuhi stadium itu untuk menyaksikan majlis selama empat jam yang bermula dengan penyanyi Brazil Paulinho da Viola menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.
Presiden Perancis Francois Hollande dan Presiden Argentina Mauricio Macri adalah antara segelintir pemimpin negara yang turut kelihatan di ruang VIP bersama presiden interim Brazil, Michel Temer.

Oooo! Look at this view from above #OpeningCeremony #rio2016 #olympics pic.twitter.com/hXGnA3UVdU

— Olympics (@Olympics) August 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Acara sukan itu dimulakan setelah desas-desus kedengaran selama beberapa bulan sama ada Rio bersedia untuk menjadi negara Amerika Selatan yang pertama mengadakan Sukan Olimpik, di tengah-tengah skandal doping Rusia.
Majlis yang bermula pada jam 8 malam waktu tempatan (23:00 GMT) itu menandakan bermulanya temasya sukan antarabangsa yang berlangsung selama 19 hari dengan 306 acara dalam 42 disiplin.

game on #OpeningCeremony pic.twitter.com/DKNGYX54Ki

— Olympics (@Olympics) August 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Awesome #OpeningCeremony #Rio2016 #olympics pic.twitter.com/OvMzvY14q0

— Olympics (@Olympics) August 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It's @MichaelPhelps with @TeamUSA #olympics #openingceremony #rio2016 pic.twitter.com/p6EpuUDHVT

— Olympics (@Olympics) August 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kontinjen Amerika Syarikat diketuai perenangnya Michael Phelps antara pasukan yang awal berarak masuk membawa bendera negara itu.
Sementara jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, sebelum ini diumumkan telah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.
#acara pembukaan #Rio 2016