Institut Sukan Negara (ISN) mengambil langkah proaktif dalam memastikan atlet yang membawa cabaran negara di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro terhindar daripada ancaman virus Zika.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dr Khairi Zawi berkata ISN akan mengguna pakai secara maksimum semua garis panduan yang dikeluarkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Kementerian Kesihatan untuk tujuan pencegahan.
"Untuk menghidari diri daripada gigitan nyamuk, adalah menjadi mandatori kepada semua atlet menggunakan penghalau nyamuk sepanjang masa," katanya kepada Bernama.
Menurut Khairi, pihak ISN juga akan melakukan proses sanitasi bilik penginapan atlet Malaysia sepanjang mereka berada di perkampungan sukan di Rio de Janeiro.
"Selain saranan menggunakan penghalau nyamuk, kita juga akan menggunakan cara tradisional seperti menggunakan kelambu untuk menghindar daripada gigitan nyamuk," katanya.
Selain itu, semua atlet dan pegawai yang akan ke Rio de Janeiro juga telah diberikan suntikan vaksin demam kuning.
"Suntikan ini adalah wajib kepada semua yang akan ke negara-negara Amerika Selatan," katanya.
Pada Mei lepas, WHO dalam satu kenyataan, menolak gesaan untuk mengubah lokasi temasya atau menunda Sukan Olimpik Rio de Janeiro berikutan penularan virus Zika.
Sebaliknya, WHO berkata tindakan itu tidak akan mengubah secara ketara penyebaran virus itu, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran yang serius.
Kira-kira 150 ahli sains antarabangsa dan doktor menulis surat terbuka kepada WHO, meminta temasya di Rio de Janeiro itu ditukar ke lokasi lain atau ditunda akibat penularan virus itu.
Bagi tempoh antara Februari dan April 2016, Kementerian Kesihatan Brazil mencatat 91,387 kes yang dikaitkan dengan virus Zika dan jumlah bayi yang dilahirkan cacat akibat Zika pula adalah 4,908 pada April.
Bernama
Fri Jul 08 2016
Semua atlet dan pegawai Malaysia yang akan ke Rio de Janeiro juga diberikan suntikan vaksin demam kuning.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Bergelar suami, Tan Wee Kiong menempuh cabaran baharu
Tan Wee Kiong terus disuntik inspirasi mendukung misi emas Olimpik Tokyo 2020 di sebalik tahun menakjubkan 2016 termasuk peranan baru, bergelar seorang suami.
Atlet Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 membanggakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat pencapaian luar biasa atlet Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 sebagai satu kejayaan yang menjadi kebanggaan.
Lochte digantung 10 bulan berikutan kes laporan palsu di Olimpik Rio
Lochte mendakwa dia dirompak dan diacukan pistol bersama-sama rakan sepasukannya di sebuah stesen minyak selepas menghadiri sebuah majlis di Brazil.
Pemenang Olimpik Asia Tenggara terima tiket penerbangan percuma
AirAsia menerusi seluruh rangkaiannya di 120 destinasi memberikan hadiah tiket penerbangan secara percuma mengikut kategori pemenang.
Pandelela terima habuan bernilai RM1.3 juta
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menerima habuan berjumlah RM1.3 juta daripada pihak swasta dan kerajaan negeri atas pencapaian pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, bulan lepas.
Atlet negara berjaya menyatukan hati kita semua - PM Najib
Perdana menteri berkata program pembangunan sukan tanah air telah berjaya meningkatkan prestasi fizikal sukan negara.
Padah bermulut lancang di Rio, Hope Solo digantung enam bulan
Penggantungan dibuat susulan komen kontroversi pemain itu selepas tewas kepada Sweden menerusi penentuan sepakan penalti di Rio.
Chong Wei yakin Malaysia mampu raih emas di Olimpik Tokyo 2020
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei optimis kontinjen negara mampu mencapai pingat emas yang dinanti-nantikan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Khairy harap pemain hebat persendirian dapat sertai BAM
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap pemain badminton berpotensi yang berada di luar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat menyertai badan tersebut.